Wednesday, November 16, 2011

Jujur dan Ihsan

Beberapa hari lalu televisyen aku rosak. Gambar boleh tetiba hilang tapi suaranya ada. lalu aku hantarlah TV ku itu ke kedai Cina membaiki alatan elektrik. Setelah menerangkan kerosakan TV ku itu kepada tokey kedai tu, maka beliau berkata " simpan sini dulu. Wa kasi tengok ".

Esoknya aku datang kembali ke kedai. Dalam hati mungkin akan kena bayar ratusan ringgit. " Tokey, saya punya TV sudah o.k ka " kataku. "Tarak rosak lah abang"...itu gambar tak ada padam pun ujar beliau. " Tak apa...simpan sini lagi satu hari....kalau gambar hilang..wa kasi repair...kalau mahal wa talipon abang dulu" kata beliau lagi.

Aku pun balik lah...sementara waktu terpaksalah gunakan TV kecik lama ku. Aku ingat tak gunakan kau lagi hai TV kecik tapi guna juga kau bila terpaksa ya.

Aku kembali lagi kekedai itu keesokkan harinya. Seperti semalam tokey tu kata TV ku tak rosak. " Abang kasi angkat balik rumah ... ini TV tak rosak punya" kata beliau.
O.k lah kataku...ini berpa duit mahu bayar". " Tak payah bayar bang" tak der hal punya. " Betul ke....itu duit karen saya bayarlah' desak ku. " Tak apa ...tak der hal punya....mari saya tolong angkat ini TV masuk kereta"....

Aku ucapkan terima kasih dan TV ku baik seperti biasa selepas itu. Apa yang ingin aku coretkan ialah kejujuran dan sifat ihsan tokey cina tu. Kalau dia nak menipu, senang senang je dia boleh tipu aku ...dia boleh kata itu benda rosak...aku pasti percaya je sebab aku bukan tahu sangat hal elektrik ni. Aku tabik spring kat tokey kedai tu atas sifat jujur dan ihsannya .