Monday, July 18, 2011

HAJI 2007/2008

RUKUN HAJI (6 PERKARA) RUKUN UMRAH (5 PERKARA)


Niat ihram mengerjakan haji
Wukuf di Arafah
Tawaf di Kaabah
Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
Bergunting atau bercukur rambut
Tertib pada kebanyakan rukunnya


1. Niat Ihram Mengerjakan Haji

NIAT BERIHRAM
Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memakai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.


MAKNA IHRAM
Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan atau melarang dan ihram dalam ibadat haji atau umrah ini ertinya ialah suatu keadaan yang ada pada orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah bermula pada ketika berniat mengerjakannya dan berakhir pada ketika TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan atau dinamakan IHRAM ialah diharamkan beberapa perkara ketika dalam ihram itu.


PAKAIAN IHRAM
Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam sembahyang.


SUNAT - SUNAT IHRAM





Sunat-sunat ihram antara lain ialah :-
1. Mandi sunat ihram,
2. Mengerat kuku
3. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut,
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan
5. Memakai pakaian berwarna putih,
6. Sembahyang sunat ihram dan
7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji atau umrah


MANDI SUNAT IHRAM

Sebelum memakai ihram dan berniat haji atau umrah di Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk membersihkan dan menyucikan badan dari segala kecemaran dan kekotoran, seperti yang dilakukan untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala" (diingatkan dalam hati)


SEMBAHYANG SUNAT IHRAM

Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Surah yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al- Kafirun (Qulya aiyuhal kafirun ) dan di rakaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al- Ikhlas (Qulhuallahu Ahad)


MEMBACA TALBIAH

Setelah berniat haji atau umrah ketika melalui atau melintasi Miqat dengan niatnya ; Kalau melakukan Haji Lafaz niatnya, yang bermaksud : "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala" Kalau melakukan Umrah, Lafaz niatnya yang bermaksud : "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala" Maka perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun haji atau umrah selanjutnya. Bacaan talbiah Yang bermaksud: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu bagi-Mu"




PANTANG LARANG SEMASA IHRAM
Pantang larang semasa ihram itu adalah seperti berikut:

Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memaikai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh dibawah naungan pokok atau payung.
Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju,sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
Memakai sarung tangan
Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.
Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan,
Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,
Mengerat, memebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.
Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya,
Bersetubuh atau berjima'
Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat
Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
HUKUM MEMBACA TALBIYAH
Jumhur ulama, menetapkan bahawa talbiah itu disyariatkan untuk dibaca oleh pada jamaah ketika dalam keadaan ihram.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Dari Ummi Salamah r.a. katanya: saya mendengar Rasulullah bersabda: Wahai keluarga Muhammad,barangsiapa berhaji, maka hendaklah di amembaca talbiyah dengan suara yang nyaring untuk hajinya" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Ibadat haji dan Umrah bukan sahaja mempunyai rukun-rukun masing-masing bahkan juga mempunyai wajib-wajibnya yang mesti dilaksanakan. Sebagaimana yang telah diketahui, sesiapa yang meninggalkan salah satu rukun haji tidak sah atau batal, sebaliknya jika sesiapa yang meninggalkan salah satu wajib-wajib haji, maka hajinya sah tetapi wajiblah membayar dam.



WAJIB HAJI (6 PERKARA)

Niat ihram di Miqat tertentu
Bermalam di Muzdalifah
Melontar Jumrah 'Aqabah'
Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah,
Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan,
Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram

Berapakah jenis tawaf?

Tawaf ada enam jenis.

1. Tawaf Haji
2. Tawaf Umrah
3. Tawaf Qudum
4. Tawaf Sunnat
5. Tawaf Nazar
6. Tawaf Wada

Apakah yang dikatakan wukuf di Padang Arafah?

Jawapan
Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi maksudnya ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Cukup wukuf walau sekejap atau llu sahaja dengan syarat orangnya sedar - sempurna akal. Di mana-mana sahaja dari bumi Arafah itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak bumi Arafah. Andainya ia hanya berada di dalam kereta atau bas dan tidak turun menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah wukufnya. Hanya yang ada khilafnya pada udara Arafah - menurut pendapat yang lebih kuat bahawa udara Arafah itu dikira Arafah seperti udara yang bertentang Kaabah dikira Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah meneruskan amalannya dan bertahallul dengan amalan umrah serta wajib membayar dam. Ia juga wajib mengqada haji pada tahun hadapannya.



--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Sebutkan syarat-syarat berwukuf di Arafah?

Jawapan
Berwukuf di kawasan bumi Arafah. Orang yang berwukuf sudah berniat haji.
Masa wukuf mulai dari waktu Zohor 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Orang yang berwukuf hendaklah sempurna akal.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Apakah sah haji seorang seandainya dia tidak melakukan perkara-perkara wajib haji?

Jawapan
Hajinya sah tetapi ia dikenakan dam atas setiap wajib yang ditinggalkannya.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Seandainya seorang jemaah meninggal dunia semasa berwukuf di Arafah, wajiblah warisnya menghajikannya sekali lagi?

Jawapan
Ya. Wajib menghajikannya - kerana rukun-rukunnye belum selesai. Itupun jika ada harta peninggalannya.



Apakah erti Tahallul?

Jawapan
Tahallul ialah keluar dari ihram dengan berukur atau bergunting setelah sampai masanya.

Tahallul awal : ialah bercukur lebih awal di Mina sebik baik sahaja sampai dari Muzdalifah pada 10 Zulhijjah setelah melontar jamrah.

Tahallul thani : ialah setelah bertawaf dan bersai haji sekembalinya ke Makkah setelah selesai wuquf.



--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Apakah perbezaan tahallul umrah dan tahallul haji?

Jawapan
Tidak ada perbezaan. Cuma tahallul haji dua macam awal dan thani.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Adakah seorang itu boleh menggunting/mencukurkan orang lain sebelum ia menggunting/mencukur diri sendiri?

Jawapan
Boleh. Kerana yang dilarang mencukur diri sendiri atau orang lain ialah sebelum masa yang diharuskan bertahallul.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Bolehkah seorang yang mengerjakan haji tamattuk itu bertahallul sebelum melakukan penyembelihan dam?

Jawapan
Boleh. Kalau damnya berupa penyembelihan kambing, afdal disembelih pada pagi Hari Raya Haji. Tetapi kalau damnya berpuasa iaitu 3 hari pada masa haji elok dibuat pada 3 hari sebelum Arafah dengan syarat setelah dia berihram haji iaitu pada hari keenam, ketujuh dan kelapan bulan Zulhijjah.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Bolehkah seorang wanita yang sedang dalam haid bertahallul?

Jawapan
Boleh


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Sesudah melontar Jamrah Aqabah, seoran membuka ihramnya sebelum bertahallul. Adakah dia dikenakan dam dan apakah bentuk damnya?

Jawapan
Jika ia memakai pakaian yang berjahit sebelum bercukur ia dikenakan dam. Damnya ialah menyembelih seekor kambing atau memberi makan 6 orang fakir miskin setiap orang setengah gantang atau puasa tiga hari. Boleh dipilih salah satu daripadanya.



Apakah perbezan di antara bermalam di Muzdalifah dan di Mina?

Jawapan
Bermalam di Muzdalifah cukup dengan sekejap masa selepas tengah malam manakala bermalam di Mina mesti dengan masa yang terbanyak dari bahagian malam.



--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Adakah dikenakan dam jemaah haji yang tidak bermalam di Muzdalifah kerana dibawa oleh pemandu bas langsung ke Mina sebelum lewat tengah malam?

Jawapan
Tidak dikenakan dam kalau ia tidak mengetahuinya atau terpaksa berangkat sama.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Bolehkah seorang yang uzur kerana sakit dibenarkan tidak bermalam di Muzdalifah dan adakah dia berdosa dan dikenakan dam?

Jawapan
Dibenarkan, tidak berdosa, dan tidak dikenakan dam.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Apakah hukumnya bagi jemaah haji yang tidak dapat bermalam di Muzdalifah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah kerana bas lewat tiba?

Jawapan
Gugur bermalam di Muzdalifah dan tidak dikenakan dam.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Apakah mengutip anak-anak batu hanya boleh dibuat di Muzdalifah? Apa hukumnya jika mengutip di tepi-tepi jalan di Mina?

Jawapan
Sunat mengutip anak-anak batu di Muzdalifah kerana Nabi saw menyuruh sepupunya al-fadhi bin Abbas mengutipnya untuk baginda pada waktu Subuh di situ. Tetapi ia boleh dikutip dimana-mana sahaja di tanah haram; hanya makruh dikutip batu yang sudah digunakan untuk melontar atau tempat yang najis.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Apakah hukum bermalam di Muzdalifah sehingga terbit fajar dalam keadaan sekitaran yang sempit dan penuh sesak hingga menyulitkan?

Jawapan
Hukumnya adalah sunat dengan syarat tidak menyukarkan.


Bilakah masa bagi melontar jamrah Aqabah pada hari Nahar?

Jawapan
Sebaik sampai dari Muzdalifah selepas tengah malam 10 Zulhijjah.



--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Adakah sah melontar tiga jamrah pada hari Tasyrik tanpa melontar jamrah Aqabah pada hari Nahar?

Jawapan
Tidak sah melontarnya. Kerana wajib tertib pada melontar pada hari-hari tersebut.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Adakah sah melontar tiga jamrah pada hari Tasyrik tanpa melontar jamrah di Hari Tasyrik sebelum tergelincir matahari?

Jawapan
Tidak sah untuk melontar hari itu. Tetapi sah untuk hari semalam yang telah berlalu.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Sesudah melontar jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah dan kembali ke Makkah untuk bersembahyang Subuh di Makkah, boleh atau tidak masuk ke Mina pada 10 Zulhijjah selepas waktu Isyak?

Jawapan
Boleh. Asal sahaja bermalamnya melebihi dari separuh malam.



--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Adakah sah melontar Jamrah Aqabah di sebelah belakang? Apakah yang harus dilakukan jika ini terjadi? Adakah dikenakan dam kerana ia bercukur selepas melontar?

Jawapan
Tidak sah. Ia dikenakan dam kerana bercukur sebelum masanya. Kalau masa melontar masih ada ia wajib melontar semula. Jika sudah selesai masanya iaitu keseluruhan hari Tasyrik dia dikenakan dam pula kerana tidak melontar.



--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Bolehkah seorang melontar jamrah untuk dirinya dan orang lain dengan sekali jalan?

Jawapan
Tidak boleh. Ia mesti menyelesaikan semua lontaran bagi dirinya pada tiga-tiga jamrah




Apakah yang dikatakan nafar awal dan nafar thani?

Jawapan
Nafar awal ialah beredar meninggalkan Mina lebih awal iaitu bermalam hanya dua malam dan melontar hanya dua hari iaitu 11 dan 12 Zulhijjah.
Nafar thani ialah bermalam 3 malam dan melontar 3 hari.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Apakah syarat-syarat nafar awal?

Jawapan
Syarat nafar awal ialah setelah bermalam dua malam, malam 11 dan 12 dan melontar dua hari 11 dan 12 Zulhijjah serta berangkat keluar dari Mina sebelum Maghrib hari 12 Zulhijjah.



--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Bolehkah seorang yang telah berniat nafar awal, pulang semula ke Mina pada hari 13 Zulhijjah atas sebab-sebab tertentu?

Jawapan
Boleh


Apakah erti Dam?

Jawapan
Asal makna dam ialah darah. Kemudian dipakai sebagai nama binatang ternakan yang disembelih kerana menebus kesalahan atau menutupi kekurangan dalam masa mengerjakan haji atau umrah. Kemudian digunakan perkataan ini untuk sebarang denda ganti penyembelihan.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Mengapa orang yang melakukan haji tamattuk dikenakan dam?

Jawapan
Kerana ia telah tidak berihram dari miqat haji dalam musim haji. Kecuali penduduk Makkah dan sekitarnya tidak dikenakan dam.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Berapa dam yang harus dibayar jika seorang itu mengerjakan haji tamattuk dengan berniat di Jeddah?

Jawapan
Satu dam sahaja - Menurut qaul yang mengatakan Jeddah itu sebagai miqat. Kalau menurut qaul yang mengatakan Jeddah tidak dikira miqat kena dua dam. Satu dam kerana berihram umrah setelah melalui miqat, satu dam lagi kerana meninggalkan miqat haji. Untuk lebih ihtiat (lebih berjaga-jaga) pendapat yang kedua lebih kuat.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dijadikan dam?

Jawapan
Binatangnya mesti sudah sampai umur boleh dibuat korban dan tidak ada sebarang penyakit serta cukup sifatnya.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Adakah berdosa jika seorang itu melakukan perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram walaupun setelah membayar dam?

Jawapan
Jika dilakukannya kerana terlupa, terpaksa atau kerana sesuatu keuzuran yang diterima oleh syarak ia tidak berdosa.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Bolehkah seorang itu melewatkan pembayaran dam? Bagaimana pula jika bayaran dam seseorang itu dibayar di luar tanah haram?

Jawapan
Yang afdalnya dibayar pada waktunya. Ada masanya pula seseorang tidak boleh bertahallul melainkan setelah membayar dam. Semua dam mesti dibayar di tanah haram kecuali dam kerana terkepong atau terhalang dari meneruskan haji atau umrahnya - dikeluarkan ditempat mana ia terhalang.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Bolehkah seorang itu memakan daging damnya sendiri?

Jawapan
Tidak boleh. Semuanya mesti disedekahkan. Kalau sudah diterima oleh orang yang berhak kemudian orang ini menjamunya adalah harus.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Bolehkah seorang itu mewakili orang lain untuk membayar damnya?

Jawapan
Boleh


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Adakah sah dam seorang yang dibuat dengan tidak berijab kabul?

Jawapan
Perwakilan mesti ada ijabnya dengan lafaz. Kalau ia menyembelih sendiri cukup dengan niat. Wakil wajib berniat atas nama orang yang mewakilkan.



Soalan
Adakah dikenakan dam jika seorang yang uzur itu tidak dapat melakukan tawaf wada’?
Jawapan
Tidak dikenakan dam kerana uzur


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Adakah dikenakan dam bagi seorang yang ternampak rambut di lantai biliknya sedangkan ia tidak pasti rambut siapakah itu?

Jawapan
Tidak wajib dam.


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan
Seorang yang terlupa yang dia dalam ihram telah mencabut rambutnya, adakah dikenakan dam keatasnya?

Jawapan
Ya. Dikenakan dam.


Saturday, July 2, 2011

Yasin - Rindu Padamu with lyric

Menyokong Wardina ....


Penampilannnya ka? atau hatinya ka?


Assalamualaikum... melihat tajuk entri kali ini mungkin ia meningatkan kita pada adegen filem Nujum Pak Belalang. Bagi saya tajuk kali ini digarap sebegitu rupa memandangkan ramai di kalangan masyarakat yang tertanya-tanya "dimana sebenarnya tempat pandangan Allah?.." pada penampilannya ka? atau hatinya ka?"

jika disentuh persoalan ini, teringat saya kepada ustaz yang dulu pernah menggunakan pendekatan analogi dalam menerangkan perkara tersebut. katanya, "jika kamu mahu membeli sebiji limau, apa yang kamu pentingkan?" kami menjawab "isinya". lantas ustaz bertanya.. "adakah kamu akan membeli limau yang rosak kulitnya?" kami jawab "tidak". lantas ustaz berkata. "kamu semua munafik! tadi kamu katakan pada sebiji limau kamu melihat isinya! sekarang lihat! jawapan kamu sudah berbeza. kamu tidak membeli sebiji limau kerana kamu melihat kulitnya yang rosak! " lantas kami menjawab. "kulit juga penting!.." dan ustaz bertanya " habis katakan kepada ku, mana yang penting bagi kamu ketika membeli sebiji limau?" dan serentak kami menjawab: "isi dan kulit" dan ustaz pun mengukir senyuman.. dan hati saya masih merasa ragu, adakah kami terperangkap dengan hujah kami dan kebijaksanaan ustaz? dan ustaz menyambung: "jadi khabarkan kepada ku, antara keduanya, mana yang lebih penting?" kami menjawab "yang lebih penting ialah isi kerana isi limau lah yang kami makan." "habis tu bagaimana dengan kulitnya?" kami menjawab "kulitnya penting untuk memastikan isi yang kami makan itu manis" dan ustaz mengangguk-angguk...

maka ustaz menyambung... "iye.. benar.. seharusnya kulit yang baik menghasilkan isi yang baik.. lihat saja buah durian. kerana kulitnya yang kuat dan berduri, isinya cukup manis dan harum. sembarangan musuh tidak mampu merosakkan isinya." kami mengangguk.. setuju.

kemudian ustaz menyambung "namun ada saja yang nampak cantik kulitnya, bila dibuka, alahai rosak isinya. ini kerana ada anasir musuh yang merosakkan isinya. cantik di luar, buruk di dalam. sememangnya jenis yang sebegini kita tidak mahu.. malah jika terbeli, maka pasti akan disumpah seranah oleh pembelinya.. betulkan begitu?..." tanya ustaz dan kami pun mengangguk.

kemudian tambah ustaz lagi" dan seharusnya jika kulitnya rosak, ia akan menghasilkan isi yang rosak juga.. masakan buah yang kelihatan buruk dari luar kerana sudah busuk memiliki isi yang manis dan harum? sesekali tidak... maka kita lempar buah yang buruk itu ke tong sampah. dan esoknya dimakan oleh binatang berkeliaran dan burung yang berterbangan.."

begitulah penerangan ustaz tentang sebiji buah yang memberi makna yang cukup mendalam dalam diri kami..

kemudian ustaz menambah.. "ia seperti ibadah solat. seharusnya solat itu melahirkan gerun yang mendalam kepada Allah. sehinggakan melahirkan hamba yang begitu gentar dengan larangan Allah. dan menghasilkan hamba yang begitu akur dengan suruhanNya. lantas solat itu sendiri berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar. itulah solat yang dilakukan oleh anggota lahir dan memberi kesan yang cukup positif pada anggota batin. inilah yang dikatakan cantik di luar dan cantik di dalam.." ujar ustaz.

tambah ustaz lagi.. "malah ada juga yang mendirikan solat. namun solatnya tidak mampu melahirkan rasa apa-apa. solatnya tawar sungguh-sungguh... tidak bertambah gerunnya kepada Pencipta, tidak bertambah akurnya. solat sebegini tidak berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar..maka tidak hairan, jika hari ini kita melihat, kalau ada yang bersolat tapi pada masa yang sama dia melakukan maksiat.. kerana solatnya hanya sekadar solat dan ia tidak disertai dengan penghayatan.. solatnya yang dilakukan oleh anggota zahir, tidak memberi kesan pada anggota batin. ini dikatakan cantik diluar dan buruk di dalam."

dan satu jenis lagi kata ustaz: " ada golongan yang langsung tak solat.. langsung tidak ada perasaan gerun dan akur pada Allah. maka ia akan melahirkan manusia yang sentiasa bergelumang dosa.. sentiasa melakukan perbuatan keji dan mungkar.. jenis ini pula, buruk di luar dan buruk di dalam... yang jenis ni, memang sungguh-sungguh kita tak nak!" jelas ustaz..

kami mulai faham.. kami perlu baik dari sudut ibadahnya, tauhidnya, akhlaknya untuk melahirkan hati yang baik. ini adalah proses yang berturutan dalam diri. ye.. seperti buah tadi.. tidak mungkin manis isinya kalau kulitnya buruk dan dimakan ulat!

dan aku amat sedih bila mendengar seseorang berkata: "yang penting hati. Allahkan lihat pada hati.." sedangkan yang bercakap itu tidak bersembahyang.. tidak berpuasa.. tidak berzakat dan sentiasa bergelumang dalam dosa...

.. semoga kita termasuk dalam golongan yang 'cantik kulitnya jua harum isinya'... amin.