Saturday, October 22, 2011

Pemandu Wanita

Selalunya lelaki akan cepat membuat kesimpulan jika ada kenderaan yang dipandu tidak konsisten, perlahan, suka membrek....pastinya pemandunya adalah wanita.

Bukan memperlekehkan keupayaan wanita apabila berada di atas jalanraya tetapi itulah realitinya apabila kaum hawa ini diberi kuasa mengawal kenderaan. Lihatlah kenderaan yang calar balar di sana sini tentunya dipandu perempuan.

Pada lelaki, perempuan tidak cekap memandu. Mereka tidak berani mengambil risiko memandu laju, risiko selekoh tajam atau risiko memotong dua tiga kenderaan sekali gus.Pemanduan mereka terlalu berhati hati sehingga selalu teragak agak dalam membuat keputusan termasuk membrek sebelum waktunya yang hanya menyebabkan orang belakang naik angin.

Dalam bab mengerakkan pembersih cermin, wanita akan terus mengerakkan pembersih cermin apabila hujan turun. lelaki pula melakukannya hanya apabila air hujan terlihat sudah banyak. Dalam kata lain, otak lelaki akan menunggu seketika sehingga sejumlah air hujan membasahi cermin baru mengerakkan wiper berbanding wanita yang memberi respon terlalu awal.

Begitu juga dalam hal meletak kenderaan. Perempuan selalunya tidak suka meletakkan kenderaan selari atau secara masuk dari belakang. Mereka akan mencari parkir yang lebih mudah iaitu dari sisi. Jika ada peluang mereka akan mencari ruang yang luas walaupun ia terletak jauh.

Lazimnya secara automatik lelaki akan bertukar menjadi pembebel jika wanita yang memandu ketika itu terutama jika yang memendu itu adalah isterinya. "Tekan brek" ..." bagi signal" ..."hati hati kereta kat depan" ..." ada orang melintas" ...dan bermacam macam lagi arahan yang akhirnya akan menyebabkan pertengkaran.

Kalau mahu belajar memandu pergilah ke sekolah memandu yang profesional. Jangan dengan suami ....parah jadinya. Bagi wanita mereka selalu berfikir tujuan memandu ialah tiba dengan selamat ke destinasi.

Pemanduan yang baik ini sebenarnya bergantung kepada kemampuan spatial ( membaca ruang) yang berkaitan dengan persekitaran. Mungkin sudah ditakdirkan dalam hal spatial , otak lelaki berfungsi lebih baik. Ini menjadikan lelaki lebih cekap memandu, lebih cekap meletak kenderaan dan lebih cekap membaca peta dan arah jalan. Walaupun tabiat pemanduan wanita dikategorikan buruk tetapi mereka cenderung memandu dengan lebih cermat. Mereka pasti tiba ke destinasi dengan selamat walaupun telah menyebabkan pemandu lain marah terhadap mereka tanpa mereka sedari.