Friday, February 18, 2011

KUNJUNGAN KE WERRIBEE PARK ( ROSE GARDEN) MELBOURNE, AUSTRALIA

Hari yang seterusnya kami di bumi Melbourne diteruskan dengan acara lawatan. Kali ini destinasi kami ialah ke Werribee Park atau Victoria State Rose Garden.




Awal pagi selepas sarapan kami dah keluar dari Malaysia Hall dengan menaiki 2 buah van. Temperature pagi tu lebih kurang 18 celcius. Sejuk bila angin bertiup dan selesa lah bila berada di taman itu nanti. Kami menuju ke tempat yang sangat di sukai oleh orang perempuan. Di Werribee Park terdapat 252 jenis bunga ros dari serata dunia. Masuk adalah percuma. Taman Ros itu seluas 10 hektar. Perjalanan dari Melbourne City memakan masa 30 minit dengan kenderaan jalanraya.





                                                
Saat masuk aje ke Taman Ros itu, orang perempuan menjadi giler tak keruan. Orang lelaki pula masuk tak ada perasaan. Kami orang lelaki pun jadi jurugambar lah.... yang perempuan jadi model ...











Entri ni banyak gambar untuk memberi peluang kepada kaum perempuan menghayati gambar gambar yang saya serta kan di bawah. Sebenarnya kami hanya menjelajahi suku dari keluasan taman. Kesuntukan masa kerana harus pergi ke tempat lain menyebabkan jelajah kami terbatas. Kami makan tengahari di taman ros yang di hantar oleh pembekal makanan kami Encik Zul orang Singapura yang telah jadi warga Australia. So harap semua enjoy melihat gambar gambar bunga ros dari kamera digital Nikon saya.

                                         





















                                         

Saturday, February 12, 2011

Melayu di Australia

Dalam salah satu program yang di aturkan untuk kami ialah mengikuti kelas pengajian agama mingguan bersama penduduk Melayu Barat Melbourne bertempat di satu daerah yang bernama Tarnet . Maka pada 16/1/2011 kami menaiki tren pada jam 7.00 ptg dari Stesen tren Southern Cross di Melbourne City.

                                                          

                                                             Southern Cross Station

Dari Southern Cross Station lokasi tuju kami ialah Laverton Station. Dengan menggunakan tiket bersepadu, kami masuk ke dalam station tren area dengan keterujaan perasaan.

                                                Masuk ke ruang dalam station Southern Cross

Didalam sambil menunggu ketibaan tren yang di jadualkan tiba beberapa minit lagi , sempatlah kami berposing di ruang menunggu tren.


                                             
                                                           
Bagusnya sistem tren di Australia ini ialah mereka menepati janji. Jika jadual tren akan tiba pada pukul 7.16 malam , tren akan tiba tepat pada waktunya. Begitulah betapa efisiennya sistem yang di gunakan. Menepati janji kepada pelanggan juga berlaku di negara matahari terbit.

Bila tren tiba, kami masuk dan mudah mencari tempat duduk kerana penumpang tidak ramai. Sama seperti Malaysia , tren juga menyediakan tempat duduk khas bagi OKU dan orang tua. Dalam tren bayi tidak dibenarkan di dukung . Parent yang membawa bayi wajib membawa kereta sorong bayi .



                                                                          Dalam Tren
                              
Kami tiba di stesen yang di tuju iaitu Laverton Station hampir jam 8.00 malam setelah lebih kurang 45 minit perjalanan.





                                                     Bergambar di Laverton Station
                  
Di Laverton Station kami di sambut oleh 2 van dan satu kereta masyarakat Melayu di sana untuk membawa kami ke Tarnet iaitu tempat pertemuan kami dengan masyarakat Melayu di sana .
Kami tiba di Tarnet kira-kira setengah jam kemudian dan disambut oleh masyarakat Melayu di sana dengan gembira. Jam ketika itu 8.40 malam , azan maghrib di kumandangkan. Di Australia masa tu adalah musim summer. maghrib ketika itu pada jam 8.40 malam. Bila musim dingin maghrib adalah pada pukul 4.30 ptg. Kami sama sama turut membentang tikar sejadah dan berjemaah bersama mereka yang di imamkan Ustaz Khairul Anuar dari Terengganu.

Selesai solat , Ustaz Khairul Anuar menyampaikan kuliah dan bimbingan agama kepada hadirin. Ustaz Khairul ni isteri dia mengambil Phd di salah sebuah universiti di Melbourne. Ustaz memberi bimbingan kepada masyarakat Melayu pada setiap hari ahad.
                                          

                          
Kuliah yang di sampaikan ustaz sangat memuaskan . Teratur, jelas dan menyakinkan bagi yang mendengarnya.




                             
Saya rasa kagum kerana masyarakat Melayu di sana masih dan sangat berminat mendalami ilmu agama. Semua mereka sebenarnya berasal dari Singapura dan berhijrah ke Australia sejak lebih 10 tahun lalu. Kini mereka telah menjadi warga Australia. Pertuturan mereka masih seperti Melayu Singapura. Tetapi kebanyakan anak anak kecil mereka kurang fasih berbahasa Melayu .

Selesai tazkirah oleh ustaz kami di jamu dengan nasi beriani. Kami bersama menghidangkan jamuan dan makan bersama mereka sambil berbual dan berkenalan. mereka kata sebelum kedatangan kami, mereka di ziarahi oleh sekumpulan pelajar dari UIA. Kunjungan rakan sebangsa sangat mengembirakan mereka.







    
Pada malam itu kami turut menyambut hari jadi salah seorang anak masyarakat Melayu di situ dan cabutan bertuah . Hadiah pemenang ialah  tiket penerbangan ke Singapura.






                                                       

Selesai jamuan, kami bantu mengemas dan berangkat balik. Kami di hantar kembali ke Laverton Station untuk menaiki tren ke Southern Cross Station. Malam tu sangat dingin iaitu 11C. Saya terlupa pulak bawa jaket maka tanggung sendirilah sejuk hingga ke tulang. Masa bersama masyarakat Melayu tadi tu buat buat tahan sejuk lah.


                                         
Lawatan dan perjumpaan dengan masyarakat Melayu di Australia itu banyak memberi manfaat kepada rombongan kami. Dari mereka kami tahu yang bila ada kelahiran bayi, kerajaan Australia akan beri wang 7000 Australian Dollar. Wang akan di masukkan ke akaun ibu dan pembesaran bayi itu hingga ke tahap awal persekolahan akan di tanggung kerajaan Australia. Syarat nya ialah si ibu adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ibu yang bekerja tidak layak mendapat kemudahan tersebut.

Bagi pekerja , dalam setahun mereka layak mendapat 5 hari M.C tanpa perlu berjumpa doktor. Bagi saudara yang berminat untuk berhijrah terutama golongan profesional, kerajaan Australia menerima anda terutama pekerja mahir dibidang teknikal dan perubatan. Sehabis rendah pekerja seperti pemandu tram mendapat gaji minimum Aus$2500.00 .

Jika anda datang sebagai pelajar , anda hanya layak bekerja secara jam. Bagi suami atau isteri yang mengikuti anda, mereka layak bekerja tetap dengan gaji minimun Aus$2500.00. Kalau di tukar duit Malaysia sebulan anda bergaji RM7500.00.

Bagaimana sekarang .......mahu berhijrah kah ?