Southern Cross Station
Dari Southern Cross Station lokasi tuju kami ialah Laverton Station. Dengan menggunakan tiket bersepadu, kami masuk ke dalam station tren area dengan keterujaan perasaan.
Masuk ke ruang dalam station Southern Cross
Didalam sambil menunggu ketibaan tren yang di jadualkan tiba beberapa minit lagi , sempatlah kami berposing di ruang menunggu tren.
Bagusnya sistem tren di Australia ini ialah mereka menepati janji. Jika jadual tren akan tiba pada pukul 7.16 malam , tren akan tiba tepat pada waktunya. Begitulah betapa efisiennya sistem yang di gunakan. Menepati janji kepada pelanggan juga berlaku di negara matahari terbit.
Bila tren tiba, kami masuk dan mudah mencari tempat duduk kerana penumpang tidak ramai. Sama seperti Malaysia , tren juga menyediakan tempat duduk khas bagi OKU dan orang tua. Dalam tren bayi tidak dibenarkan di dukung . Parent yang membawa bayi wajib membawa kereta sorong bayi .
Dalam Tren
Kami tiba di stesen yang di tuju iaitu Laverton Station hampir jam 8.00 malam setelah lebih kurang 45 minit perjalanan.
Bergambar di Laverton Station
Di Laverton Station kami di sambut oleh 2 van dan satu kereta masyarakat Melayu di sana untuk membawa kami ke Tarnet iaitu tempat pertemuan kami dengan masyarakat Melayu di sana .
Kami tiba di Tarnet kira-kira setengah jam kemudian dan disambut oleh masyarakat Melayu di sana dengan gembira. Jam ketika itu 8.40 malam , azan maghrib di kumandangkan. Di Australia masa tu adalah musim summer. maghrib ketika itu pada jam 8.40 malam. Bila musim dingin maghrib adalah pada pukul 4.30 ptg. Kami sama sama turut membentang tikar sejadah dan berjemaah bersama mereka yang di imamkan Ustaz Khairul Anuar dari Terengganu.
Selesai solat , Ustaz Khairul Anuar menyampaikan kuliah dan bimbingan agama kepada hadirin. Ustaz Khairul ni isteri dia mengambil Phd di salah sebuah universiti di Melbourne. Ustaz memberi bimbingan kepada masyarakat Melayu pada setiap hari ahad.
Kuliah yang di sampaikan ustaz sangat memuaskan . Teratur, jelas dan menyakinkan bagi yang mendengarnya.
Saya rasa kagum kerana masyarakat Melayu di sana masih dan sangat berminat mendalami ilmu agama. Semua mereka sebenarnya berasal dari Singapura dan berhijrah ke Australia sejak lebih 10 tahun lalu. Kini mereka telah menjadi warga Australia. Pertuturan mereka masih seperti Melayu Singapura. Tetapi kebanyakan anak anak kecil mereka kurang fasih berbahasa Melayu .
Selesai tazkirah oleh ustaz kami di jamu dengan nasi beriani. Kami bersama menghidangkan jamuan dan makan bersama mereka sambil berbual dan berkenalan. mereka kata sebelum kedatangan kami, mereka di ziarahi oleh sekumpulan pelajar dari UIA. Kunjungan rakan sebangsa sangat mengembirakan mereka.
Pada malam itu kami turut menyambut hari jadi salah seorang anak masyarakat Melayu di situ dan cabutan bertuah . Hadiah pemenang ialah tiket penerbangan ke Singapura.
Selesai jamuan, kami bantu mengemas dan berangkat balik. Kami di hantar kembali ke Laverton Station untuk menaiki tren ke Southern Cross Station. Malam tu sangat dingin iaitu 11C. Saya terlupa pulak bawa jaket maka tanggung sendirilah sejuk hingga ke tulang. Masa bersama masyarakat Melayu tadi tu buat buat tahan sejuk lah.
Lawatan dan perjumpaan dengan masyarakat Melayu di Australia itu banyak memberi manfaat kepada rombongan kami. Dari mereka kami tahu yang bila ada kelahiran bayi, kerajaan Australia akan beri wang 7000 Australian Dollar. Wang akan di masukkan ke akaun ibu dan pembesaran bayi itu hingga ke tahap awal persekolahan akan di tanggung kerajaan Australia. Syarat nya ialah si ibu adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ibu yang bekerja tidak layak mendapat kemudahan tersebut.
Bagi pekerja , dalam setahun mereka layak mendapat 5 hari M.C tanpa perlu berjumpa doktor. Bagi saudara yang berminat untuk berhijrah terutama golongan profesional, kerajaan Australia menerima anda terutama pekerja mahir dibidang teknikal dan perubatan. Sehabis rendah pekerja seperti pemandu tram mendapat gaji minimum Aus$2500.00 .
Jika anda datang sebagai pelajar , anda hanya layak bekerja secara jam. Bagi suami atau isteri yang mengikuti anda, mereka layak bekerja tetap dengan gaji minimun Aus$2500.00. Kalau di tukar duit Malaysia sebulan anda bergaji RM7500.00.
Bagaimana sekarang .......mahu berhijrah kah ?
waaaa...byknye gaji klu mcm tuu...nk berhijrah la lps abis blaja niee...huhu
ReplyDeleteGaji menarik tp kos sara hidup kt sana mcmana? kena fikir jgk tu...
ReplyDeleteI think this issue about Malaysians migrating has to be looked at in a more global perspective.Specially those having the thought that ,the grass are always greener on other side of the fence.,to be frank this perceptions are half bake correct,as migrations are not mean for everyone,many too face misadventured abroad and made desicion, migrating back to their mother's hinterland feeling hurt.(Every Income the Tax 40%)
ReplyDeletePeople move all the time. Not just Malaysians. Everybody move. It is the way of the world nowadays. People love to travel and being seen as an “Expat” is very much in vogue right now.Some feels, it carries a certain amount of prestige being able to hold a foreign caucasian country passport,especially they when return home town, Malaysia for holiday. Don’t you think?
People move for many different reason and people call it by different names. Traveling is one. Visiting is another. Extended vacation, Cari Makan, Making money, Earning a living, etc. “Migrating” has such a permanent connotation to it.
But one thing for sure,me as a person who has been “traveling” for the last 10 years, I am definitely NOT migrating to another country. Most of the time the country I always think of “migrating” to is, Malaysia. I just miss it. If I can get the same salary and benefits, in Malaysia that I can get overseas, why would I want to leave my home land? This is true for many of us “expats” be it Malaysian, Indonesian, Indian, Venezuelan, Colombian, etc. Mainly the ones from a third world or developing country like Malaysia.
But,some says,that’s not going to happen anytime soon, so why stay? I am going to make my money somewhere else and “migrate”back to Malaysia,only when I'm falling apart and failed my venture in foreign land,these are the people that treats Malaysia percieves as their insurance policy. And guess what. So are many of my collegues who happen to think and shares with me that Malaysia has the right balance of everything that they consider a great place to live.Believe me,for any one bumiputera, that having the thought of migrating,there aslo large numbers on the other side of fence there,who harbor the intention,to swap places,if they're capable to replace your position. Malaysia my second home program,through Malaysia's government iniatives,already recieved applications from thousand citizens all over the world.
PS.
Ketika ini teringat akan dialog dalam filem P.Ramlee, madu tiga, “mahu hidup pun susah, mahu mati pun lagi susah”.Menguruskan jenazah di Australia paling tidak, keluarga kena standby at least AUD 10,000= RM 30,000 ringgit.
Selalunya suami isteri akan membeli satu lot, dan mengharap, satu hari kelak mereka akan disemadikan bersama-sama.Harga bagi satu lot dewasa lebih kurang AUD5,000 (RM 16,000) manakala satu lot untuk kanak-kanak mencecah AUD2,000 (6,400). Kubur tidak akan digali sehinggalah dibayar jumlah yang dipinta.jenazah dibawa ke tanah perkuburan, yang pastinya tanah perkuburan “multi-faith”=India,Cina,Melayu,Om Putih semua satu bendera.
Satu saje saya harap,mudah mudahan bumpiputera malaysia australia akan pulang membawa 1,000 harapan perubahan ke malaysia satu hari kelak,seperti mane kaum melayu di singapura yang di didik untuk berdikari dari kecil ,di tindas oleh bangsa lain,boleh cepat tumbuh pesat.
Seperti Biji durian yang di pijakpikat akan mendapat akar yang mendalam ke tanah.
Melayu Singapura.
good summary
DeleteAssalamualaikom,
ReplyDeleteSaya Azmi dr M'sia Kedah Kulim, mintak jasa baik tuan bagi tip skit bgaimana nak hijrah ke Ausie dan bekerja disana? Sy bkn dr latarbelakang yg professional....kalu nak mohon keja disana, keja apa yg boleh buat..saya bercadang nak bw klrga bersama...saya,isteri dan anak lelaki umoq 10thn. Sebelum ni saya dan 2 org kawan pernah ke Melborne bln oktber 13. Tapi bila berhadapan dgn kastam mlbrne mcam2 soalan kami di hujani...kdg2 yg x masuk akal pun ada, sprti karier,status, hubungan antra kami bertiga, scadule from day 1 till and of the day, duit,hotel, kenalan di melborne, semasa visiting guna public trnsport apa.? Dan akhir sekali kami ditahan sbb suspect kami nk msk keja ladang...sedangkan kami ada flight return...kami d bw ke transit dan esok kami di hantaq pulang emmidietly. Kami punya visa di born 3 thn...x dibenar msk Ausie. Sedih...
Biasanya mereka hanya menerima Professional atau jawatan yang kritikal seperti jururawat dan pemandu kren di pelabuhan ...itu kata penduduk Melayu di Melbourne semasa saya mengunjungi mereka
DeleteNanti ada laptop..Saya akan taip tentang pengalaman dua jam bersama imigresen
ReplyDeletebaik Puan ....saya menungggu tulisan puan
Delete