Saturday, July 2, 2011
Penampilannnya ka? atau hatinya ka?
Assalamualaikum... melihat tajuk entri kali ini mungkin ia meningatkan kita pada adegen filem Nujum Pak Belalang. Bagi saya tajuk kali ini digarap sebegitu rupa memandangkan ramai di kalangan masyarakat yang tertanya-tanya "dimana sebenarnya tempat pandangan Allah?.." pada penampilannya ka? atau hatinya ka?"
jika disentuh persoalan ini, teringat saya kepada ustaz yang dulu pernah menggunakan pendekatan analogi dalam menerangkan perkara tersebut. katanya, "jika kamu mahu membeli sebiji limau, apa yang kamu pentingkan?" kami menjawab "isinya". lantas ustaz bertanya.. "adakah kamu akan membeli limau yang rosak kulitnya?" kami jawab "tidak". lantas ustaz berkata. "kamu semua munafik! tadi kamu katakan pada sebiji limau kamu melihat isinya! sekarang lihat! jawapan kamu sudah berbeza. kamu tidak membeli sebiji limau kerana kamu melihat kulitnya yang rosak! " lantas kami menjawab. "kulit juga penting!.." dan ustaz bertanya " habis katakan kepada ku, mana yang penting bagi kamu ketika membeli sebiji limau?" dan serentak kami menjawab: "isi dan kulit" dan ustaz pun mengukir senyuman.. dan hati saya masih merasa ragu, adakah kami terperangkap dengan hujah kami dan kebijaksanaan ustaz? dan ustaz menyambung: "jadi khabarkan kepada ku, antara keduanya, mana yang lebih penting?" kami menjawab "yang lebih penting ialah isi kerana isi limau lah yang kami makan." "habis tu bagaimana dengan kulitnya?" kami menjawab "kulitnya penting untuk memastikan isi yang kami makan itu manis" dan ustaz mengangguk-angguk...
maka ustaz menyambung... "iye.. benar.. seharusnya kulit yang baik menghasilkan isi yang baik.. lihat saja buah durian. kerana kulitnya yang kuat dan berduri, isinya cukup manis dan harum. sembarangan musuh tidak mampu merosakkan isinya." kami mengangguk.. setuju.
kemudian ustaz menyambung "namun ada saja yang nampak cantik kulitnya, bila dibuka, alahai rosak isinya. ini kerana ada anasir musuh yang merosakkan isinya. cantik di luar, buruk di dalam. sememangnya jenis yang sebegini kita tidak mahu.. malah jika terbeli, maka pasti akan disumpah seranah oleh pembelinya.. betulkan begitu?..." tanya ustaz dan kami pun mengangguk.
kemudian tambah ustaz lagi" dan seharusnya jika kulitnya rosak, ia akan menghasilkan isi yang rosak juga.. masakan buah yang kelihatan buruk dari luar kerana sudah busuk memiliki isi yang manis dan harum? sesekali tidak... maka kita lempar buah yang buruk itu ke tong sampah. dan esoknya dimakan oleh binatang berkeliaran dan burung yang berterbangan.."
begitulah penerangan ustaz tentang sebiji buah yang memberi makna yang cukup mendalam dalam diri kami..
kemudian ustaz menambah.. "ia seperti ibadah solat. seharusnya solat itu melahirkan gerun yang mendalam kepada Allah. sehinggakan melahirkan hamba yang begitu gentar dengan larangan Allah. dan menghasilkan hamba yang begitu akur dengan suruhanNya. lantas solat itu sendiri berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar. itulah solat yang dilakukan oleh anggota lahir dan memberi kesan yang cukup positif pada anggota batin. inilah yang dikatakan cantik di luar dan cantik di dalam.." ujar ustaz.
tambah ustaz lagi.. "malah ada juga yang mendirikan solat. namun solatnya tidak mampu melahirkan rasa apa-apa. solatnya tawar sungguh-sungguh... tidak bertambah gerunnya kepada Pencipta, tidak bertambah akurnya. solat sebegini tidak berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar..maka tidak hairan, jika hari ini kita melihat, kalau ada yang bersolat tapi pada masa yang sama dia melakukan maksiat.. kerana solatnya hanya sekadar solat dan ia tidak disertai dengan penghayatan.. solatnya yang dilakukan oleh anggota zahir, tidak memberi kesan pada anggota batin. ini dikatakan cantik diluar dan buruk di dalam."
dan satu jenis lagi kata ustaz: " ada golongan yang langsung tak solat.. langsung tidak ada perasaan gerun dan akur pada Allah. maka ia akan melahirkan manusia yang sentiasa bergelumang dosa.. sentiasa melakukan perbuatan keji dan mungkar.. jenis ini pula, buruk di luar dan buruk di dalam... yang jenis ni, memang sungguh-sungguh kita tak nak!" jelas ustaz..
kami mulai faham.. kami perlu baik dari sudut ibadahnya, tauhidnya, akhlaknya untuk melahirkan hati yang baik. ini adalah proses yang berturutan dalam diri. ye.. seperti buah tadi.. tidak mungkin manis isinya kalau kulitnya buruk dan dimakan ulat!
dan aku amat sedih bila mendengar seseorang berkata: "yang penting hati. Allahkan lihat pada hati.." sedangkan yang bercakap itu tidak bersembahyang.. tidak berpuasa.. tidak berzakat dan sentiasa bergelumang dalam dosa...
.. semoga kita termasuk dalam golongan yang 'cantik kulitnya jua harum isinya'... amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment