Monday, October 28, 2013
Percutian Keluarga di Glory Beach Resort, Port Dickson 12-13 Oktober 2013
Lama tak bercuti satu famili akhir nya terfikir nak cuti cuti satu Malaysia . Maka saya dan isteri berpakatlah membawa anak anak bercuti di Port Dickson. Memilih Glory Beach Resort kerana pernah menginap disitu sepuluh tahunn lalu. Masa itu ad Hari Keluarga Unit alumni, UTM. Rasa o.k lah tempat tu ...pantainya o.k pada masa itu tetapi tatkaal tiba di Glory Beach Resort pada 12/10/2013 kelihatan pantainya semakin mengecil dan airnya tidak sebersih dahulu.
Hotel dan layanan memuaskanlah sesuai dengan tahap bintang hotel tersebut. Kerana terlalu ramai penginap lain yang mempunyai acara Hari Keluarga Jabatan masing masing maka mandi di pool tidak berapa selesa. Mandi di laut juga hanya saya seorang. Anak dan isteri tak join sebab air laut tak bersih.
Keseluruhannya percutian di situ sederhana kerana orang yang ramai, pantai yang mengecil fdan tidak berapa bersih serta pool yang crowded . Saya lampirkan beberapa gambar untuk kenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)