Monday, October 21, 2013
Alkisah sebiji burger…
Alkisah sebiji burger…
Malam itu, Kak Ana bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Ana teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Ana tiba di satu gerai burger ramli @ Bai Burger yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Ana harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Bai Burger yang sedar dengan kehadiran Kak Ana melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata Bai burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Ana dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata Bai burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Ana.
Beberapa minit kemudian, Kak Ana mengalirkan air mata…
“Mengapa sayang?” tanya Bai burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Ana sambil melapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Ana, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Ana lagi.
Mendengar kata-kata Kak Ana, Bai burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata Bai burger itu.
Kak Ana amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik Bai burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Ana asyik terfikir…
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”
Kak Ana memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Ana… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Kak Ana melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…
“Ana masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Kak Ana terus menangis di tangan maknya…
Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu… tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?
Senyum ( nama hanya kebetulan .... tiada kaitan dengan sesiapa heheh )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment