Monday, January 31, 2011

LAPORAN KE RMIT UNIVERSITY OF MELBOURNE, AUSTRALIA...

 31/1/2011

The Royal Melbourne Institute of Technology ( RMIT ) adalah salah sebuah Universiti Awam di Australia.

 

 

 


Lokasi Kampus RMIT adalah sekitar Melbourne City. Ianya boleh di hubungi melalui tram dan bas atau sekadar berjalan kaki sahaja. RMIT ada sebuah cawangan luar negara iaitu di Vietnam.

 

 



 RMIT Library ada 6 cawangan iaitu :

1)    Swanston Library ( Induk)
2)    Business Library
3)    Carlton Library
4)    Bundoora Library
5)    Bundoora East Library
6)    Brunswick Library

 


Sebenarnya tiada  temu janji di buat dengan pihak Swanston Library kerana saya hanya mengikuti program Alumni UTM yang telah membuat temujanji berasingan dengan pihak Alumni RMIT.

Selesai lawatan ke Alumni RMIT , saya mengajak beberapa orang menemani saya ke Swanston Library. Mujur ada sorang staf dari CTL UTM iaitu Cik Priscilla Prapagara yang sudi membantu saya dan bantuan beliau sangat saya hargai. Semantelah pula beliau adalah bekas pustakawan di sekolah dahulu. Maklumlah saya American English tak sama dengan Aussies.

 
                                                      Cik Priscilla dan saya


                         Today's opening hours

Brunswick Library
9.00 am - 5.00 pm
Bundoora Library
8.00 am - 5.00 pm
Bundoora East Library
CLOSED
Business Library
CLOSED
Carlton Library
9.00 am - 5.00 pm
Swanston Library
8.00 am - 6.00 pm
                                   Note: Opening hours are subject to change

Kami menuju ke Swanston Library yang berada di aras 5 dan terus ke Kaunter Pertanyaan . Kami di sambut seorang Librarian wanita separuh umur. Dengan mesranya beliau menyambut kami walaupun kami ni tetamu terjah.

 
                                                        Kaunter Sirkulasi

 
                                                         Kaunter Sirkulasi




Setelah menerangkan tujuan kami, kami pun di bawa melawat dan di berikan penerangan serba sedikit berkenaan perpustakaan di RMIT. Kami di pandu lawat oleh Mr Tristan. 
 
 

                    Mr Tristan

 

 

Seperti yang saya katakan awal tadi, Mr Tristan menerangkan RMIT mempunyai 6 buah perpustakaan di mana Swanston Library adalah perpustakan Induk.

Swanston Library juga ada mesin layan diri , kaunter pertanyaan, kaunter rujukan , bahagian media dan lain lain seperti mana sebuah perpustakaan perlu ada. Hanya ada sebuah sahaja mesin layan diri yang terletak berhampiran kaunter sirkulasi.

 


                                          Kaunter Rujukan dan Bantuan Penyelidikan

 

                                               Mesin Pinjaman Layan Diri

 
Paparan Mesin Layan Diri 

 
Mesin Layan Diri 

 
Rak Buku Open Shelves
 
Mr. Tristan Beri Info

Bahagian Media nya pula tiada kaunter. Bahan media yang ada hanya berbentuk CD, DVD dan Videotape sahaja. Bahan media boleh dipinjam pelajar sebanyak 30 CD untuk tempoh seminggu. Semua bahan tersebut di letakkan di luar sahaja dimana pelajar bebas mengambil bahan bahan tersebut.

 
Rak Video Tape
 
Ruang Audiovisual
 
Rak CD, VCD, DVD

Selesai mengunjungi Swanston Library, kami ke Kafetaria RMIT untuk mengisi perut dengan makanan ringan. Apa yang kami dapati adalah kafetaria RMIT sangat bersih. Mungkin kerana mereka hanya makan fast food maka meja dan lantai tidak lah seperti kantin di UTM. Begitupun sesungguhnya mereka sangat mementingkan kebersihan. Sampah sampah di buang di tong sampah yang berbentuk 2 jenis iaitu recycle dan buang lupus. Tidak kelihatan seorang pun pekerja pembersihan di kafeteria. Suasana juga tidak bising dimana pelajar makan bersendirian atau berkumpul dalam keadaan yang tenteram.


 

 

 
 Tong Sampah Recycle
 
Beratur Membeli Minuman
 

 

 

 
Santai
 
Relaks

Selepas itu kami ke Alumni Courtyard untuk makan tengahari. Agen kami telah membawa makanan kami ke Courtyard untuk menjamu selera. Perut pun dah lapar dimana pun kami tak kisah untuk makan.

 
 Lokasi Makan Tengahari
 
Makan Tengahari

RMIT Alumni Courtyard merupakan sebuah tempat tinggalan hospital lama yang di pelihara oleh pihak Universiti untuk kegunaan pelajar dan orang awam.

 
Plaques Hospital
 
 Dibelakang tu adalah The Melbourne
                                                        Gaol men’s Hospital ( 1865-1925)


Selesai sudah lawatan ke RMIT University. Selepas itu kami ke Queen Victoria untuk acara free and easy. Quen Victoria Market adalah sebuat tempat membeli belah yang paling digemari oleh orang Malaysia membeli belah kerana barang jualannya yang murah ( Dollar Australia kira murahlah tapi dalam Ringgit Malaysia kira mahal jugalah). Saya akan ceritakan pasal Queen Victoria Market di lain masa. Selepas ini saya akan laporkan lawatan ke Monash University dahulu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman web RMIT Library di :


Untuk foto foto awal kena lihat di FB saya …

Terima Kasih kerana sudi membaca.

 


















       

 






No comments:

Post a Comment