27/1/2011
Sorry semua...tiada kesempatan lagi untuk buat laporan tentang pemergian saya mengikuti rombongan GOP Unit Alumni ke Melbourne , Australia . Saya terlalu sibuk dengan tugasan kerja terutamanya SKT 8 orang anak buah kumpulan saya dan program UTM Book Fair 2011: PSZ’s Customer Appreciation Day
Sejak balik dari Melbourne ni badan dan mental saya letih sangat tak terhingga selepas menempuh cuaca sejuk di sana . Walaubagaimana pun untuk laporan ini cuma di siarkan ringkasannya sahaja. Laporan rasmi akan menyusul kemudian terutama lawatan ke Perpustakaan di sana manakala laporan sepenuhnya termasuk saat bergembira melawat lain lain tempat akan saya masukkan ke blog saya dan juga di FB.
Untuk kali ini saya paparkan beberapa foto dari mula pergi hingga balik ke Malaysia secara ringkas. Laporan ini bukan untuk eksen tapi untuk di aksesyen.
Rombongan kami bertolak menaiki bas UTM ke KLIA jam 3 petang...
Tiba di LCCT tepat jam 7.30 malam, kami solat jamak Maghrib dan Isyak di surau LCCT. Lama jugalah menunggu sebelum check in.Ketika berada di Balai Berlepas lah kami menerima berita seorang staf Alumni meninggal dunia....
Jam 11.00 malam Air Asia pun menerbangkan kami ke tempat yang di tuju...
Alhamdulillah kami sampai di Melbourne Airport pada pukul 9.30 pagi waktu Melbourne atau pukul 6.00 pagi waktu Malaysia . Cuaca adalah 14C – 23C. Summer tapi berangin. Sekali angin bertiup dingin sampai ke tulang. Jejak kaki ke tanah Melbourne , hujan menyambut kami. Sedia menunggu 3 buah van yang akan membawa kami ke Dewan Malaysia ....
Di Melbourne kami dijadualkan akan melawat ke 4 buah Universiti yang terdapat di Melbourne iaitu Monash University , RMIT University , Victoria University dan University of Melbourne..
Di samping itu aktiviti sampingan kami turut dijadualkan ke Philip Island, bershoping barangan murah di Queen Victoria Market, perjumpaan dengan masyarakat Melayu di Melbourne, melawat Parlimen Melbourne, tengok bunga ros di Rose Garden, membeli belah di BOP, menyaksikan penguin mendarat di Phillip Island Nature Parks, melihat anjing laut di pantai Nobbies Beach, melawat kilang coklat di Philip Island, ke litar F1 di Philip Island, DFO Essendon, rasai pengalaman menaiki tram dan tren .
Tram adalah pengangkutan utama kami untuk ke destinasi yang dipilih. Ada tram yang percuma dan ada tram yang berbayar. Agen kami telah membeli tiket yang boleh digunakan untuk 3 jenis pengangkutan iaitu tram, tren dan bas. Tiket boleh digunakan untuk seminggu yang bernilai 29 dollar. Sepanjang menaiki pengangkutan tersebut tidak pernah pun di periksa. Kalau di Malaysia bangkrap rasanya syarikat tram.
Sepanjang di Melbourne juga , pemandu mereka sangat mematuhi peraturan lalulintas. Pemandu akan mengutamakan pedestrian. Lintasan pejalan kaki yang bertrafik juga kita akan dapat melihat pejalan kaki mematuhi peraturan. Mereka tidak akan melintas jalan selagi lampu hijau belum menyala. Kami turut menjadi individu yang sangat berdisiplin seperti omputih selama kami berjalan di sekitar Melbourne . Alangkah baiknya jika rakyat Malaysia pun begitu.
Queen Victoria Market
Litar F1 Phillip Island
Nobbies Centre
Di Hadapan Malaysia Hall, Melbourne
Penguin Parade
Kilang Coklat
BBQ di Cowes, Phillip Island
Melbourne Aquarium
Flinders Street Station, Melbourne City
Berkereta Kuda di Swanston Street, Melbourne City
Aktiviti Seni Jalanan di Swanston Street
Swanston Street, Melbourne City
Di Queen Victoria Market
Di Victoria Parliament
Rose Garden, Werribee Park
Kami balik ke Malaysia pada 12/1/2011 dengan menaiki flight Jetstar ke Singapura...
Melbourne Airport
Di Melbourne Airport
Changi Airport, Singapore
Eye Of Singapore
Saya sangat berterima kasih kepada UTM dan Pengurusan PSZ kerana memberi saya peluang ke Australia kerana negara tersebut adalah antara negara idaman untuk saya lawati. Satu lagi adalah Kota London. Mungkin pencen sok akan dapat ku rasai.
Nanti akan saya laporkan lawatan ke Perpustakaan di sana beserta foto untuk dijadikan panduan dan mungkin boleh di sesuaikan dengan PSZ. Pada saya PSZ adalah semaju mereka bahkan lebih baik dari segi kemudahan dan perkhidmatan.
Sekian, terima kasih untuk waktu ini.
Nordin Hj Mohd Nor
No comments:
Post a Comment