Thursday, March 17, 2011

MALAYSIA HALL, MELBOURNE DAN BALIK .....BYE BYE MELBOURNE

Seminggu berada di Melbourne dari 12hb Januari hingga 19hb Januari 2011, kami menginap di Malaysia Hall. Sekejap saja rasanya berada di sana ... belum puas menyelongkar keindahan Melbourne. Semasa menginap di Malaysia Hall, student tak ramai yang ada. Ada yang balik Malaysia terutama student yang di taja syarikat besar seperti Petronas dan lain lain. Tetapi mostly pelajar tajaan Petronas tinggal di Apartment. Majoriti student yang tinggal di Malaysia Hall adalah pelajar tajaan JPA, MARA dan perbelanjaan mak bapak .... dan bagi student yang dari staf kerajaan seperti pensyarah, mereka ini jadikan Malaysia Hall transit sahaja sebelum mereka menyewa apartment lain.


                                                             Kawasan ruang tamu

                                                     Di belakang tu bangunan tambahan

                                                Bahagian Belakang Malaysia Hall, Melbourne

Borak borak dengan student yang tinggal, mereka kata student tajaan JPA dan MARA hanya di beri tiket semasa mula datang dan semasa balik habis pengajian sahaja. Kalau nak balik Malaysia semasa cuti kena duit sendiri. So mereka tak baliklah . Ada yang buat kerja part time seperti bekerja di kilang proses buah strawberri dan juga kilang chery. Gaji di kira dengan kadar per hour. Sebagai status pelajar mereka tak layak bekerja bergaji bulan.




Di Malaysia Hall ni tidak seperti hotel. Bilik kena kemas sendiri dan bagi pelajar , mereka ada giliran bertugas untuk mencuci toilet dan mencuci lantai. Semua kerja kerja kebersihan mereka lakukan sendiri secara bergilir mengikut jadual yang di tetapkan oleh warden.


Malaysia Hall tidak di lengkapi penghawa dingin kerana memang tidak perlu pun. Dalam kamar tidur yang ada ialah heater. Bila nak tidur malam kena pasanglah heater tu ...kalau tak sejuk lah walau tidur berblanket tebal ...

Kalau nak tempah bolehlah hubungi hasnizul@msda.org .au. Alamat Melbourne Hall Melbourne ialah K4, High Street, Windsor, Victoria 3181.

Tapi En Hasnizul kata tahun 2011 ni beliau akan tamatkan perkhidmatan di Malaysia Hall kerana beliau berhasrat nak balik ke Malaysia. Lama dah beliau di Melbourne.

Bangunan tambahan baru telah di rasmikan oleh TPM Tan Sri Muhyidin pada bulan Oktober 2010. Dengan tambahan  kos bernilai RM 15 juta mengandungi 40 bilik tambahan yang dihuni 2 orang pelajar. Di bangunan tambahan toilet ada dalam bilik.


                                                          Blok bangunan tambahan

Pelajar undergraduate di kenakan bayaran A$4 sehari, pelajar Phd A$6 sehari manakala pelawat ( warganegara Malaysia sahaja) charge nya A$12 sehari. Terdapat sebuah kantin menjual makanan halal di bahagian bawah Malaysia Hall yang di buka dari subuh hingga ke larut malam.

                                                                     Bahagian dapur
                         
Disitu kita boleh guna kemudahan wi fi .... kalau nak guna kena mintak  kat wakil pelajar dan kena dermalah kat tabung pelajar ....bagilah seberapa ikhlas . Kat dapur yang kecik tu kita bolehlah jerang air dan buat air minum milo ke kopi ke ... peti ais pun ada ..... lepas guna kena bersihkan sendiri. Begitu juga dengan sampah dibilik atau dapur kena buang sendiri kat tong sampah di luar.

Dibawah saya sertakan beberapa gambar untuk kenangan


                                                                   Di ruang tamu





Seminggu berada di Melbourne banyak maklumat tentang universiti di sana dan juga perpustakaan di sana. Sambil melancong ke lokasi lokasi menarik, mengalami sendiri cuaca sejuk serendah 7 celcius sangat mengujakan. Idaman selepas ini adalah ke London. Mungkin pencen nanti baru akan merasa.

Sebelum balik kami sempatlah bergambar dan bervideo di hadapan Malaysia Hall, Melbourne untuk kenangan abadi.












19 haribulan jam 8.00 pagi kami dah bersiap untuk ke Melbourne Airport untuk kembali semula ke Malaysia. Jika masa pergi dulu dengan Airasia melalui LCCT, kali ini kami balik dengan Jetstar yang akan turun di Singapura. Adalah lebih bijak turun di Singapura berbanding KL kerana jarak ke Johor Bahru yang lebih dekat.

                                                                    Melbourne Airport

                                                                        Jetstar

Sementara menunggu untuk check-in , kami pi pekena dulu kopi dan burger telur and kentang goreng. Harga o.k lah dalam kemampuan. Kami kongsi kongsi beli dan makan sama sama. Budak Omputih tu boleh bagi extra pulak kat kami kerana kami banyak beli.



Selepas mengisi perut kami bersantai santai, berbual dan bergambarlah di ruang menunggu Airport.








Akhirnya kami check-in jam 10.00 pagi lebih kurang kerana kapalterbang akan terbang jam 11 pagi. Bila dah check-in baru terasa lega dan dapat duduk di seat tepi tingkap dekat kepak kapalterbang. Saya dan isteri dapat seat berdua sahaja.





Di udara bila angin kuat bertiup , kepak kapalterbang tu terasa macam nak patah saja. Kalau tak biasa naik kapalterbang memang mengerunkan. Tapi saya dan isteri Alhamdulillah sebab ada pengalaman semasa menunaikan umrah pada tahun 2004 dan menunaikan Haji pada 2007 tidak lah terlalu menakutkan. Tapi tidak pada seorang ahli rombongan kami yang sangat gementar. Kata dia ini last bang saya naik kapalterbang....takut bang bila dengar bunyi macam macam. Lebih lebih bila pilot suruh pakai tali pinggang dan suruh kakitangan kabin duduk juga apabila menempuh arus angin kuat.



                                                    Mendarat di Changi Airport, Singapore

Jam 5.00 patang Jetstar mendarat di lapangan terbang Changi . Alhamdulillah syukur kerana selamat semuanya. Dari Changi kami sewa teksi terus ke Johor Bahru dan di Jay bee , bas UTM telah sedia menunggu kami untuk ke UTM, Sekudai.



                                                             Changi Airport, Singapore

                                                                 Eye of Singapore

Last but not least, saya ucapkan terima kasih banyak kepada yang sudi melayari blog saya ini. Semua kisah kisah perjalanan saya dan rombongan ke Melbourne, Australia diharap dapat menjadi panduan kepada anda semua yang mahu atau akan ke Melbourne, Australia di masa masa akan datang. Seperti biasa saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk menambah pengalaman berada di negara asing dan syukur kepada Allah kerana memberi saya rezeki ini.


Sekian. Terima kasih

Saturday, March 12, 2011

MELBOURNE CITY


Melbourne City adalah ibunegeri bagi negeri Victoria, Australia. Melbourne adalah bandar bagi urusan perniagaan antarabangsa, bandar sejarah dan bandar sukan bagi Australia.

Bangunan yang terdapat di Melbourne hampir kesemuanya bercirikan kolonial. Bangunan yang didirikan sekitar tahun 1800an masih utuh dan di pelihara. Ianya juga titik mula bagi perkhidmatan Melbourne Metropolitan Rail dan Melbourne Tram Network.

Di Melbourne juga terdapat banyak universiti seperti Monash University, Melbourne University, Victoria University , RMIT dan banyak lagi.






                                                              Yang kuning tu ialah Teksi

                                                         Bangunan Tinggi di Melbourne     




Hari pertama tiba di Melbourne , kami di bawa berjalan kaki mengelilingi Melbourne City.  Hujan yang turun kami tempoh juga. Kami ikut saja ke mana agen bawa kami. Dalam berjalan tu saya snap lah beberapa gambar suasana di Melbourne.







     

Dipersimpangan Flinder Street dengan Swanston Street

                                            Mat motor tu que belakang kereta di lampu isyarat

Dalam berjalan sambil mengharungi hujan kami telah ke Melbourne Aquarium . Di situ kami bergambar sambil menahan kesejukan dek kerana hujan. Melbourne Aquarium mempunyai lebih 1000 jenis hidupan laut termasuk jerung dan ikan pari yang besar. Tapi tiket masuk nya tersangat mahal iaitu 30 dollar seorang.

                                                                 Melbourne Aquarium







Kami juga berkesempatan melawat contoh rumah warga Melbourne Australia.

Contoh sebuah rumah keluarga di Melbourne

                                                    Macam omputih ....masuk pakai kasut

                                                                        Ruang Dapur

                                                                    Ruang Family Hall

                                                                  Bilik Tidur Utama

                                                                         Dining Hall

Selepas hujan reda, kami juga telah ke Bangunan Parlimen Negeri Victoria. Di situ hanya 8 pelawat di benarkan masuk dalam satu masa. Lawatan mengambil masa sejam juga dengan ada slide show dan taklimat di auditorium .         

Hentian Parliment Station

Untuk guide tour makluman adalah seperti berikut :                 

Tours

Public tours of Parliament are conducted on days when Parliament is not sitting. To check the sitting days click here.
Public tours take place at 9:30 am, 10:30 am, 11:30 am, 1:30 pm, 2:30 pm and 3.45 pm from the Vestibule.
 
The Parliament of Victoria is a bicameral legislature (two Houses) with representatives elected to either the Legislative Council (the Upper House) or the Legislative Assembly (the Lower House). The Assembly has 88 Members and the Council has 40 Members. The Governor of Victoria represents the Crown and is the third arm of Parliament.

Foyer luar Parliment Building

                                                              Pintu di Parliment Building

Saya dan beberapa rakan lain 'mengalahlah'. Kami tunggu di luar sambil berfoto dan berbual dengan staf yang bertugas di luar. Hasil perbualan , kebanyakan mereka tahu di mana Malaysia . Seorang staf keselamatan berkata beliau pernah ke Singapura tetapi belum berkempatan bercuti di Malaysia. Saya kata datanglah ke rumah bila ke Malaysia nanti...he heh ...acah aje.

Bersama staf keselamatan bangunan Parlimen

Berbual pasal Malaysia


Lama menunggu rakan di dalam yang tak keluar keluar , kami bergambar di kawasan koridor Parlimen. Bangunan Parlimen ini di bina pada tahun 1856. Arkiteknya ialah Peter Kerr.

                                              Member of Parlimen Mrs Fauziah and Miss Yatie

                                                               Ahli Parlimen Mr Farid and Wife

Lantai Bangunan Parlimen

                                                     Antara lampu antik Bangunan Parlimen

Dilain hari pula kami serombongan menyerang Melbourne City lagi . Kali ini kami ke pusat seni Melbourne di Swanston Street. Di sepanjang jalan Swanston Street itu banyak persembahan solo oleh mereka yang berjiwa seni dari melukis, persembahan puppet dan persembahan berkumpulan.


Swanston Street

Bagi pedestrian yang suka dengan persembahan artis itu , mereka campakkan wang ke beg atau bakul yang disediakan. Kawan saya yang sorang tu ada juga campakkan wang tapi campak duit seringgit Malaysia. Nakal ....nakal .

Saya tegur Hi kat awek tu ....dia senyum

                                                                Seorang artis jalanan

                                            Bernyanyi sambil bermain dengan patung kayunya.

                                                 Duduk sambil menonton puppet show

Di kawasan itu juga terdapat kereta kuda untuk di naiki. Sekali naik pusing Swanston Street kena bayar 60 dollar. So naik enam orang kongsi kongsi seorang 10 dollar lah. Pemandu kereta kuda tu kebanyakkan nya student yang buat kerja part time. Masa kami ke Melbourne, student universiti sedang dalam musim Summer Semester Holiday.



                                                                         Jemput naik




Di Melbourne Town terdapat basikal yang boleh di gunakan seperti mana yang ada di UTM. Pengguna kena masukkan wang ke dalam mesin dan boleh memulangkannya semula di lokasi lokasi terdapatnya stesen basikal seperti RS (Reading Station) PSZ UTM. Saya rasa kemudahan ni tak dapat dilaksanakan di bandar bandar Malaysia kerana saya tak yakin basikal itu akan di kembalikan. Maaf cakap, dalam beberapa perkara mereka ( Mat Salih) lebih Islam dari kita iaitu kejujuran. Di Melbourne harga basikal lebih mahal dari harga motosikal .







Kedai kedai sepanjang Swanston Street juga menjual cenderahati tetapi sedikit mahal dari Queen Victoria Market and  no tawar menawar.

                                    
                                          Kedai menjual cenderahati di Swanston Street


                                                            Beli air tin di Seven Eleven


Isteri saya banyak juga membeli cenderahati di Swanston Street. Orang perempuan bukan nya boleh di cegah bila tiba bab membeli. Seperti biasa saya lah jadi mangsanya. Jadi tukang bawak beg plastik.

                                                      Kat belakang tu peronda polis

                                                            Belakang saya tu Flinder Street

Antara tempat lain yang menarik adalah ke Stadium Etihad. Stadium tempat perlawanan kriket dan juga semasa itu sedang berlangsung sukan Tenis Australian Open. Hanya Agen dan Pengarah Alumni Dr Othman yang pergi menonton sukan tenis.  Kami ke acara bebas free and easy. Tiket mahal beb.

                                                  Stadium Etihad ( Perlawanan Kriket)

                                                            Tenis Australian Open 2011

Bila dah berpuas meronda dan membeli belah....kepenatan ....balik lah semula ke Malaysia Hall. Walau jauh berjalan tapi kepuasan dapat di rasai. Tidak terasa penat kerana cuaca yang baik....sejuk dan dapat menikmati kehidupan di Melbourne.







                                                              Kereta orang kaya

With Miss Priscilla

                                      Saja tunggu Minah salih tu lalu baru rakan saya snap kamera



                                                           Menunggu Tram nak balik

On the way balik, lalu di Flinder Street , singgah sekejap makan donut dan kentang goreng serta minum air tin. Situ banyak bangsa cina yang berniaga.


                                                                     Flinder Street


                                               Bersama Pengarah Alumni UTM Dr Othman


Sampai di Malaysia Hall ......berehat .....makan malam.....dan tidur


Lain lain gambar seperti di bawah

Tiket Tren , Tram dan Bas

KPI Tram ( dipaparkan di Tram)

                                                              Pameran Kereta Antik











Raider meet the raider