Mulanya kami ingat island tu macam Langkawi dimana kena naik feri ke atau akan melalui jambatan yang sepanjang jambatan Pulau Pinang. Rupanya bukan ....pendek je jambatannya .....ada lah dalam 150 meter panjang.
Dalam Van
dari jambatan Philip Island
Lembu susu di Philip Island
Di Philip Island, tempat pertama kami singgah ialah di Litar Lumba Formula One Philip Island. Di kawasan tu mula dah terasa kesejukan tapi masih boleh tahan lagi. Cuma bila angin bertiup sejuk nya sampai ke tulanglah .
Seterusnya kami menuju ke Nobbies Beach. Dalam perjalanan kami singgah di Kilang membuat coklat.
Bayar di kaunter
Untuk pengesahan halal, staf kilang telah memberi kami senarai dari Jabatan Agama Islam Australia yang menyenaraikan kod kod ingredient yang halal. Jadi sebelum beli kami pastikan hanya kod kod yang halal sahaja kami beli.
Seterusnya kami ke Nobbies Beach - Philip Island Nature Park. Kawasan ini menawarkan satu pemandangan tepian pantai melambai yang sangat indah untuk melihat sekawan burung liar singgah di situ serta melihat anjing laut.
Jangan Pandang Depan
Di The Nobbies kami tak larat nak turun untuk nengok anjing laut sebab jauh juga ke bawah. Lagi pun perut dah lapor. Lepas ni nak BBQ pulak untuk Lunch di satu tempat bernama Cowes. Maka kami bergambar sahaja lah sambil masih menahan sejuk. Cuaca memang sangat sejuk giler sampai ke tulang. Tiupan angin yang kuat menambah kesejukan tubuh. Nasib baik ada pemanas selalu di samping.
Yang putih putih tu lah antara burung yang singgah
Titi tu terus ke pantai .... ada anjing laut kat bawah tu
With my best friend forever
Kat pulau belakang tu tempat anjing laut bersidai
Kenangan di negara omputih bersama isteri
Yang seluar pendek tu berdarah amat panas. Tak tahu sejuk
Bergambar kat kereta orang Australia
Tiada orang nak mandi kat pantai ..air sejuk macam dalam peti ais
Berikutnya perut pun dah lapar, kami menuju ke satu tempat tepi pantai jugak yang bernama Cowes untuk lunch ala BBQ. Sampai di lokasi kami bersama menyediakan keperluan BBQ. Daging, Ayam dan Hotdog yang di bawa dalam van untuk di bakar. Tempat BBQ tu tak perlukan arang kerana disediakan gas percuma oleh kerajaan Australia untuk pengunjung. Tempat bakar tu kami alas lah dengan aluminium.
Pondok belakang tu lah tempat BBQ
Yg baju biru lah Encik Zek agen kami di Australia ....asal S'pore
Nyam Nyam Nyam
Habis setting tempat masak , kami pun mulakan acara BBQ beramai ramai . Masa masak dah tak sabar nak makan. Perut pun dah mengerocong di tambah cuaca yang sejuk giler tu , perut semakin kuat membunyikan lagu.
Senyum panjang perut dah kenyang
Goodbye Cowes ( 8.15 malam pun terang lagi kan )
Pekan Cowes ( Macam tak ada orang je kan)
Pantai Cowes ( ada lah 4-5 orang yang mandi)
Seterusnya kami berangkat ke Penguin Parade. Yuuu Haa ....seronok bila tiba di Penguin Parade 30 minit kemudian. Masuk dikenakan bayaran. Semua di uruskan oleh agen. Harga tiket pun saya tak tahu. Mahal jugak rasanya. Disini lebih lagi sejuk terutama bila matahari jatuh ( maghrib 8.40 malam). Sejuk giler....suhu mungkin antara 7-8 celcius. Saya pakai baju 3 lapis termasuk baju panas yang tebal pun masih terasa sejuk yang amat sangat.
Dalam baju tu ada 3 lapis lagi
Untuk melihat penguin ni, kawalan dan peraturan sangat ketat. Kamera tidak dibenarkan . Semuanya perlu disimpan didalam beg. Staf keselamatan ramai berkeliaran memerhati. Penguin ni sangat sensitif dengan cahaya kamera. Pancaran flash boleh membutakan mata penguin. Tiada pilihan kami akur dengan peraturan.
Contoh gambar penguin
Di tepi pantai, kami duduk di teres bertangga untuk melihat penguin secara live. Tepat jam 9.00 malam seekor penguin muncul di pantai. Kemudian ia masuk semula ke laut. Mungkin dia adalah peninjau yang meninjau keselamatan penguin lain untuk mendarat dipantai. 10 minit kemudian , sekor demi seekor mula penguin mula mendarat di pantai. So cute walau hanya nampak dari jauh. Terkedek kedek mereka berjalan tanpa menghiraukan ratusan mata manusia yang menonton mereka. Penonton malam tu ramai juga . Anggaran dalam 500 orang pelbagai bangsa termasuk kami dari Malaysia ni.
Terkedek kedek berjalan menuju kebawah tempat duduk kami menuju ke arah semak dimana anak anak penguin sedia menunggu di lubang. Yang hairan nya si ibu tahu lubang mana baby mereka duduk walau pun beratus lubang yang ada. Yang baby tu bila dah banyak , nampak sama saja. Saya dapat menyaksikan si ibu memuntahkan semula makanan dari mulut si ibu untuk di beri makan kepada anak anak mereka. Jumlah penguin malam itu mungkin lebih dari seribu banyaknya.
Bergambar dengan maskot penguin. Maskot tu pompuan mat salih
Se jam kami disini rasa tak puas kerana tidak dapat menyentuh penguin penguin tu. Penguin ni berhabitat di tempat yang sejuk. Kalau nak bela bawak balik Malaysia tak dapek lah.... tak sesuai. Tempat tu memang sejuk giler. Keluar saja dari kawasan melihat penguin , kami berkejar ke toilet.
Di luar terdapat kedai menjual surveniur. Masuk juga lah kedalam kedai tapi barang jualan lebih mahal dari harga di Victoria Market. Kami hanya bergambar sepuasnya di kawasan kedai menjual cenderahati.
Penguin penguin ....ooops.....bukan bukan
Di Kedai menjual cenderahati
Bersantai menunggu rakan rakan lain
Then, lebih kurang jam 10 setengah malam, kami beredar dari Penguin Parade. Sejukkkk nyaaa ( Berapa kali lah aku nak tulis pasal sejuk ni). Perjalanan pulang ke Melbourne City mengambil masa sejam setengah. Sepanjang perjalanan apa lagi .......tidur laaa . Dah nak sampai Melbourne City baru terjaga. Dapat melihat kerdipan cahaya malam di bangunan bangunan tinggi Melbourne City.
Sampai di Malaysia Hall , berlari lari kami mencari bilik air. Malam tu perut terasa lapar semula dek kerana kesejukan. So kami belilah kebab Halal di restoran India berhampiran Malaysia Hall. Alhamdulillah kenyang dah!!!. Esok nak kena jaga pagi lagi sebab nak ke satu lokasi lain pulak.
Assalam tn hj. Seronok baca mengenai trip ni. Boleh en beri nama / contact number agent yg encik gunakan disana. T.kasih
ReplyDeletesalam kembali,
Deletemaaf cik ..kami tak guna agen ..kami urus sendiri dari flight hingga ke penginapan....jalan jalan / tiket kami guna khidmat encik zek ...tapi saya pun dan lost contact dgn beliau ...cik boleh guna khidmat student jika mereka free ...saya ada nyatakan nombor telefon melbern hall .. boleh download borang dan fax ke warden asrama .... biliknya macam hotel ..bilik air didalam ..dan ada juga bilik air di luar