Tuesday, March 8, 2011

QUEEN VICTORIA MARKET , MELBOURNE

Queen Victoria Market

Queen Victoria Market adalah satu tempat membeli belah yang terkemuka dan termurah di bandar Melbourne. Ianya menjadi tumpuan pelancong terutama dari Malaysia. Ia juga lokasi yang wajib di kunjungi terutama yang kaki shopping dan orang perempuan terutamanya.


                                         Bahagian Pintu Masuk Utama Queen Victoria Market

Untuk ke Queen Victoria Market kami menaiki tram. Terdapat free tram dan tram yang berbayar. Locals pun ramai yang menaiki tram untuk ke tempat kerja. Kalau nak safe duit, naiklah tram yang percuma. Free tram ini sebenarnya untuk pelancong macam kita kerana pemandu tram akan memberikan maklumat tentang sesuatu tempat bila tiba di setiap perhentian. Kalau nak cepat tak boleh naik lah tram percuma ni kerana ia banyak berhenti.
                     
Free Tram

Tram Bertambang

Dalam Free Tram

                                                      Menunggu Tram di Hentian

Kebiasaan nya locals akan menaiki tram bertambang kerana mereka hendak cepat ke tempat yang dituju. Dalam tram mereka duduk diam sambil membaca buku atau mendengar MP3. Hanya rombongan kami yang berbual dan bergelak ketawa kuat sedikit. Untuk ke Queen Victoria Market kami menaiki tram dari Hilda Street berhampiran Malaysia Hall dan berhenti di Flinder Street. Kekadang kami berjalan kaki saja dari Flinder Street ke Queen Victoria Market yang mengambil masa dalam 20 minit atau menaiki tram lain terus ke Queen Victoria Market. Berjalan kali di Melbourne ni tak memenatkan kerana cuacanya sejuk. Kadang kadang kami singgah di Mcdonald makan burger telur, kopi cappocino, kentang dan donut.














Di Queen Victoria Market  ni, selain Mat Salih terdapat juga yang berbangsa Cina, Indonesia , Taiwan dan India. Ada seorang peniaga ni dia orang Taiwan tapi pandai berbahasa Melayu kerana dia berkahwin dengan rakyat Malaysia keturunan cina. Lupa pulak namanya tapi ramah dan banyak bagi diskaun kat kami.

Terdapat juga orang Indonesia yang berniaga di Queen Victoria Market. Nampaknya orang Malaysia tidak sekuat bangsa lain untuk merantau. Untuk masuk ke Queen Victoria Market kita kena tahu waktu operasinya. Ada hari yang ia tutup seawal 2 petang.

                                               Waktu Operasi Queen Victoria Market

Terdapat 2 bahagian barangan jualan di Queen Victoria Market. Jualan barangan basah seperti ikan, daging, sayuran dan sebagainya seperti yang ada di pasar kat umah kita. Cumanya di sini ianya bersih dan teraturlah.Satu lagi ialah jualan barangan survenior, baju topi, key chain dan sebagainya yang terpisah dari bangunan jualan basah.

                                                                    Gerai Basah

Gerai Sayuran




Menunggu kekawan tak balik balik shoping

Pilih pilih kak

Pilih T-Shirt

Queen Victoria Market ni secara puratanya boleh dikatakan setiap hari kami kunjungi terutama bila agen kata sekarang acara free and easy. Ada yang seawal jam 6 pagi dah pergi dah. Hari pertama je agen guide kami . Selebihnya kami pergi sendiri je. Tahu dah naik tram nombor berapa .... berhenti dimana. Pejam mata pun boleh sampai. Kira boleh jadi orang Melbourne dah.

Sampai Queen Victoria Market bershopping sakan lah . Bawak duit RM1000.00 dapat Aus Dollar 310.00 je. Tapi barangan cenderahati kalau duit Australia kira murahlah. Harga semurahnya dari Aus5.00 Dollar. Kalau fikir convert ke Ringgit Malaysia 5 Dollar dah jadi RM15.00 baru dikira mahal. Beli topi 5 dollar, T-Shirt 10 dollar. Selepas tawar menawar dapat lah kurang. Tapi dgn peniaga Mat Salih ....no kurang kurang. So kita orang banyak beli kat peniaga Asia sebab mesra pelanggan dan boleh tawar menawar.







Menemankan isteri membeli cenderahati tuk anak anak dan kawan kawan sangat meletihkan jugak. Kekadang saya duduk berehat di kerusi sambil dia bershopping ngan kekawan dia. Bila dia dah selesai membeli saya jadi tukang bawak beg plastik lah......beli patung koala, beli patung kangaroo, t-shirt, topi, key chain dan lain lain. Dah membeli belah lepak lepak lah kat luar Market.









                                                          Nampak tua dah saya ni ...

 
Diluar market duduk sekejap sambil menanti rakan rakan yang masih bershoping sambil menyaksikan persembahan jalanan. Asal muzik boleh jugalah diterima deria telinga.

                                                                    Pemuzik Jalanan










                                                    Goodbye ....I will be back someday later

Sebagai kenangan  .... kat bawah ni disertakan foto cenderahati yang di beli dari Queen Victoria Market.

























                                                              Ini anak saya yang bongsu
                                                  Dia yang paling banyak dapat cenderahati
                                                                Lompat gembira lah tu

1 comment: