Kawasan ruang tamu
Di belakang tu bangunan tambahan
Bahagian Belakang Malaysia Hall, Melbourne
Borak borak dengan student yang tinggal, mereka kata student tajaan JPA dan MARA hanya di beri tiket semasa mula datang dan semasa balik habis pengajian sahaja. Kalau nak balik Malaysia semasa cuti kena duit sendiri. So mereka tak baliklah . Ada yang buat kerja part time seperti bekerja di kilang proses buah strawberri dan juga kilang chery. Gaji di kira dengan kadar per hour. Sebagai status pelajar mereka tak layak bekerja bergaji bulan.
Di Malaysia Hall ni tidak seperti hotel. Bilik kena kemas sendiri dan bagi pelajar , mereka ada giliran bertugas untuk mencuci toilet dan mencuci lantai. Semua kerja kerja kebersihan mereka lakukan sendiri secara bergilir mengikut jadual yang di tetapkan oleh warden.
Malaysia Hall tidak di lengkapi penghawa dingin kerana memang tidak perlu pun. Dalam kamar tidur yang ada ialah heater. Bila nak tidur malam kena pasanglah heater tu ...kalau tak sejuk lah walau tidur berblanket tebal ...
Kalau nak tempah bolehlah hubungi hasnizul@msda.org .au. Alamat Melbourne Hall Melbourne ialah K4, High Street, Windsor, Victoria 3181.
Tapi En Hasnizul kata tahun 2011 ni beliau akan tamatkan perkhidmatan di Malaysia Hall kerana beliau berhasrat nak balik ke Malaysia. Lama dah beliau di Melbourne.
Bangunan tambahan baru telah di rasmikan oleh TPM Tan Sri Muhyidin pada bulan Oktober 2010. Dengan tambahan kos bernilai RM 15 juta mengandungi 40 bilik tambahan yang dihuni 2 orang pelajar. Di bangunan tambahan toilet ada dalam bilik.
Blok bangunan tambahan
Pelajar undergraduate di kenakan bayaran A$4 sehari, pelajar Phd A$6 sehari manakala pelawat ( warganegara Malaysia sahaja) charge nya A$12 sehari. Terdapat sebuah kantin menjual makanan halal di bahagian bawah Malaysia Hall yang di buka dari subuh hingga ke larut malam.
Bahagian dapur
Disitu kita boleh guna kemudahan wi fi .... kalau nak guna kena mintak kat wakil pelajar dan kena dermalah kat tabung pelajar ....bagilah seberapa ikhlas . Kat dapur yang kecik tu kita bolehlah jerang air dan buat air minum milo ke kopi ke ... peti ais pun ada ..... lepas guna kena bersihkan sendiri. Begitu juga dengan sampah dibilik atau dapur kena buang sendiri kat tong sampah di luar.
Dibawah saya sertakan beberapa gambar untuk kenangan
Di ruang tamu
Seminggu berada di Melbourne banyak maklumat tentang universiti di sana dan juga perpustakaan di sana. Sambil melancong ke lokasi lokasi menarik, mengalami sendiri cuaca sejuk serendah 7 celcius sangat mengujakan. Idaman selepas ini adalah ke London. Mungkin pencen nanti baru akan merasa.
Sebelum balik kami sempatlah bergambar dan bervideo di hadapan Malaysia Hall, Melbourne untuk kenangan abadi.
19 haribulan jam 8.00 pagi kami dah bersiap untuk ke Melbourne Airport untuk kembali semula ke Malaysia. Jika masa pergi dulu dengan Airasia melalui LCCT, kali ini kami balik dengan Jetstar yang akan turun di Singapura. Adalah lebih bijak turun di Singapura berbanding KL kerana jarak ke Johor Bahru yang lebih dekat.
Melbourne Airport
Jetstar
Sementara menunggu untuk check-in , kami pi pekena dulu kopi dan burger telur and kentang goreng. Harga o.k lah dalam kemampuan. Kami kongsi kongsi beli dan makan sama sama. Budak Omputih tu boleh bagi extra pulak kat kami kerana kami banyak beli.
Selepas mengisi perut kami bersantai santai, berbual dan bergambarlah di ruang menunggu Airport.
Akhirnya kami check-in jam 10.00 pagi lebih kurang kerana kapalterbang akan terbang jam 11 pagi. Bila dah check-in baru terasa lega dan dapat duduk di seat tepi tingkap dekat kepak kapalterbang. Saya dan isteri dapat seat berdua sahaja.
Di udara bila angin kuat bertiup , kepak kapalterbang tu terasa macam nak patah saja. Kalau tak biasa naik kapalterbang memang mengerunkan. Tapi saya dan isteri Alhamdulillah sebab ada pengalaman semasa menunaikan umrah pada tahun 2004 dan menunaikan Haji pada 2007 tidak lah terlalu menakutkan. Tapi tidak pada seorang ahli rombongan kami yang sangat gementar. Kata dia ini last bang saya naik kapalterbang....takut bang bila dengar bunyi macam macam. Lebih lebih bila pilot suruh pakai tali pinggang dan suruh kakitangan kabin duduk juga apabila menempuh arus angin kuat.
Mendarat di Changi Airport, Singapore
Jam 5.00 patang Jetstar mendarat di lapangan terbang Changi . Alhamdulillah syukur kerana selamat semuanya. Dari Changi kami sewa teksi terus ke Johor Bahru dan di Jay bee , bas UTM telah sedia menunggu kami untuk ke UTM, Sekudai.
Changi Airport, Singapore
Eye of Singapore
Last but not least, saya ucapkan terima kasih banyak kepada yang sudi melayari blog saya ini. Semua kisah kisah perjalanan saya dan rombongan ke Melbourne, Australia diharap dapat menjadi panduan kepada anda semua yang mahu atau akan ke Melbourne, Australia di masa masa akan datang. Seperti biasa saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk menambah pengalaman berada di negara asing dan syukur kepada Allah kerana memberi saya rezeki ini.
Sekian. Terima kasih
Salam nak tanya, Malaysia Hall dgn melbourne CBD jauh x? senang ke transport? rancang nak ke sana tahun ni. tq.
ReplyDelete