Sunday, May 1, 2011

Sifat Ihsan

Ihsan dalam konteks berlaku adil sama seperti larangan melakukan perbuatan keji
‘MUHSIN’ dalam Kamus Dewan bererti (orang) yang banyak kebaikannya, (orang yang) suci hidupnya, soleh. Dengan sifat yang sedemikianlah rahmat Allah dengan pengertian belas kasihan; kurnia, berkat; bahagia; dan hikmat sangat dekat kepadanya. Allah berfirman tafsirnya:
“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya (muhsinin).” (Surah al-A’raf: 56)

Apa yang hendak saya utarakan ialah sifat terpuji iaitu mempunyai sikap belas kepada orang lain. Di sini ingin saya ceritakan pengalaman saya yang berkaitan dengan sifat ihsan.

Saya ke kedai runcit berhampiran rumah saya untuk membeli barangan keperluan dapur. Sedang saya memilih barangan tiba tiba terdengar bunyi botol jatuh dan bunyi kaca pecah. Saya terus ke kaunter dan melihat seorang kanak kanak sedang menangis. Rupanya kanak kanak itu terjatuhkan sebotol kicap. Beliau sedang di marahi seorang lelaki yang berkupiah. Bersungguh sungguh lelaki itu memarahi kanak kanak tersebut. " Menyusahkan orang saja .....ni kicap tumpah ni siapa nak lap' herdik lelaki tersebut. " Ni siapa nak bayar.....bayar pun tak lagi" ujar lelaki itu lagi.

Untuk meredakan suasana saya kata kat lelaki itu yang saya akan bayar harga botol kicap itu. Saya hulurkan wang dan lelaki itu mengambil nya dengan kasar. Dibelakang kaunter saya nampak slogan 'Membangun Bersama Islam'. Saya cuma terdaya untuk senyum sambil mengambil wang baki yang di berikan lelaki itu. Sebelum keluar dari kedai saya mohon maaf bagi pihak kanak kanak itu dan minta belas lelaki itu untuk mencuci sendiri kotoran dari pecahan botol kicap itu .

Dihari yang lain, di tempat yang lain tetapi di sebuah kedai cina yang di jaga seorang apek, seorang budak lelaki juga telah menjatuhkan sebotol air minuman ke lantai lalu pecah. Budak lelaki itu telah pun membayar harga minuman yang di belinya. Semasa berlari keluar budak itu terjatuh di depan kedai apek lalu pecahlah botol minuman itu. Belum sempat saya nak membantu , apek kedai telah terlebih dahulu menolong budak itu. ' Haiya apa pasai lari lari. tengok sudah jatuh....lagi kaki darah". Apek kemudian berpatah semula ke kedai dan memberi sebotol minuman yang lain sebagai ganti. " Haya...lu pigi balik....angkat ini air ...nanti lu amak marah susah loh' .

Mungkin Allah nak tunjukkan dan memahamkan kepada saya apa itu maksud sifat ihsan. Apa yang anda boleh faham dari dua cerita tadi. Kedua dua perkisahan tersebut adalah benar kerana Allah mengizinkannya terjadi.

No comments:

Post a Comment