Apa lagi yang ada di China selain Tembok Besar? Itu pertanyaan bagi mereka yang berpeluang ke Beijing. Jangan khuatir kerana anda pasti akan tertarik dengan pemandangan dan sejarah pelbagai lokasi menarik di sana, antaranya Dataran Tiananmen dan Kota Larangan atau Forbidden City, selain tembok raksasa yang menjadi antara satu daripada tujuh keajaiban dunia.
Tidak lengkap kunjungan ke Beijing jika tidak melawat Dataran Tiananmen kerana lokasi ini lambang kebudayaan dan tapak pelbagai peristiwa terpenting dalam sejarah China terutama peristiwa Bantahan Dataran Tiananmen 1989 oleh kumpulan pelajar, cendekiawan dan aktivis buruh pada 15 April hingga 4 Jun 1989.
Menurut pemandu pelancong kami, Mr John, dataran bersejarah yang mempunyai keluasan 100 hektar itu dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming dan kini menjadi dataran bandar terbuka terbesar di dunia.
Ia turut dijadikan lokasi perhimpunan besar-besaran sejak mula dibina dan mempunyai Tugu Wira Rakyat dengan ketinggian 38 meter yang siap dibina pada 1958.
Dataran yang diambil sempena nama Tiananmen yang bermaksud pintu damai syurga itu terletak di antara dua pintu gergasi yang dibina pada zaman silam iaitu Tiananmen di utara dan Zhengyangmen atau Qianmen di selatan.
Pelancong pasti tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar kenangan berlatar belakang Menara Tiananmen yang menempatkan gambar Mao Zedong, presiden pertama China.
Lokasi strategik dataran itu juga menjadikannya lokasi pilihan pelancong yang bertandang ke bumi Beijing, apatah lagi di sebelah barat terdapat Dewan Besar Rakyat manakala Muzium Kebangsaan China yang dikhususkan untuk menempatkan barangan sejarah negara ini sehingga 1919 terletak di sebelah Timur.
Hari kedua juga kami berpeluang ke Silk Store dimana sutera yang terbaik di hasilkan dan juga ke Beijing Tea House dan akhirnya ke Beijing Theater menyaksikan acara pertunjukan akrobatik dan silap mata.
SILK STORE
BEIJING TEA HOUSE :
BEIJING THEATER :
Pelancong Muslim yang bertandang ke Beijing tidak perlu risau jika ingin menunaikan solat dan mendapatkan makanan halal kerana terdapat 68 masjid serta kira-kira 20 restoran Muslim yang menjanjikan keselesaan dengan hidangan masakan China seimbang dengan hidangan wajib telur dadar dan kubis goreng.
Saya dan peserta rombongan berpeluang melawat dan bersolat di tiga masjid sepanjang lima hari di Beijing iaitu Masjid Niujie yang juga masjid tertua di sana, selain Masjid Nan Dou Ya dan Masjid Madian yang dibina lebih 300 tahun lalu pada zaman Dinasti Qing, selain mempunyai ciri istana kuno China dengan gaya hiasan bercorak Arab.
Puas jugalah berjalan di hari kedua ni. Tak terasa penat . Cuma cuaca yang tak boleh tahan bila berjalan di luar. Suhu mencecah -7C sangat mencabar kami. Sarung tangan kalau dibuka akan 'frost' dan pedih. Buka sarung tangan cuma masa nak memetik kamera aje. Balik hotel menunggu esok untuk membelah Beijing sepuasnya.
No comments:
Post a Comment