Thursday, February 2, 2012

Melancung Ke Beijing, China

Pada tanggal 11hb Januari 2012 setelah setahun kali terakhir aku ke luar negara iaitu Melbourne, Australia, akhirnya aku ke luar negara lagi. Kali ini ke Beijing, China. Satu lagi tempat impian ku selama ini.Sejak kecil aku ingin menjejakkan kaki di Tembok Besar Cina yang beribu tahun usianya.


Alhamdulillah sampai jua aku ke sana dan syukur padaMu Ya Allah atas rezeki yang diberi untuk aku bermusafir lagi keranaMu.


Aku, isteri dan dua orang anakku Farraizyanie 14 tahun dan Nareesya 10 tahun seawal jam 4.30 pagi lagi telah bangun dan bersiap di rumah ibuku di Cheras ,Kuala Lumpur untuk ke LCCT kerana perlu check in jam 6.00 pagi. Flight kami Air Asia X dijadualkan ke terbang ke Beijing pada jam 8.30 pagi.

Jam 5.30 pagi kami berempat bertolak ke LCCT dengan menaiki Avanza ku dimana rancangnya anak sulung ku akan menunggu kami di LCCT. Setelah meletak kereta kami terus ke restoran McD untuk sarapan bersama anak sulung ku dan rakan nya.




Sedang bersarapan agen pelancungan kami dari Al Habra iaitu Encik Asyraf tiba. Beliau membantu kami dan ahli rombongan dari Unit Perhubungan Alumni untuk urusan check in. Selesai bersarapan kami berkumpul dan di 'brief' oleh Encik Faizal Dari Al Habra.




Jam 8.00 pagi kami dah dibenarkan menaiki pesawat. Anak saya sangat teruja menyaksikan kapalterbang yang besar di depan mata mereka. Sat lagi mereka dah boleh masuk ke dalam sebuah kapalterbang.




Kami ke Beijing menaiki Air Asia. Kami sekeluarga serta ahli rombongan lain dari awal telah menempah hot seat tepi tingkap yang selesa ( seat berdua sahaja). Flight mengikut jadual dan terbang pada jam 8.30 pagi. Penerbangan mengambil masa selama 6 jam ke Tianjin International Airport, China.








Jam 2.30 petang, Kapalterbang Air Asia X yang kami naiki mendarat dengan selamat di Tianjin International Airport. Waktu di Beijing dan Tianjin sama dengan masa di Malaysia. So tak payahlah nak kena tukar masa jam.


Sebaik melangkah keluar dari pesawat, kedinginan telah terasa . Sejuk yang amat sangat. Di dinding terpampang penunjuk suhu 1C.






Tianjin Airport





Di luar lapangan terbang kami di sambut oleh pemandu pelancong yang bernama Mr John. Dia ni berbangsa Mongolia tapi bahasa Inggerisnya sangatlah baik. Dia membawa kami ke bas mini yang sedia menunggu untuk stesyen keretapi laju (Bullet Train)yang akan membawa kami ke Beijing. Beliau kata jarak antara Tianjin ke Beijing sejauh 115km tetapi perjalanan akan mengambil masa cuma 30 minit.







Kemudian Mr John membawa kami ke Balai Menunggu , tempat yang lebih selesa dan sedikit panas. Kami berehat di situ menantikan waktu Bullet Train kami yang akan bertolak ke Beijing pada jam 6.15 petang. Sebenarnya pada masa itu Beijing/Tianjin sedang musim sejuk ( Winter). Jam 5.00 petang hari dah gelap macam dah pukul 9 malam. Bila malam suhu jatuh dan semakin sejuk.




Bullet Train menunjukkan kemajuan teknologi China. Kagum dengan teknologi China yang mampu seperti negara maju di Eropah. Kelajuan Bullet Train ini boleh mencapai lebih 300 km sejam dalam keadaan cuaca yang biasa.









Tiba di Beijing, suhu adalah -7C. Sebuah mini van menunggu kami untuk dinner. Sebelum sampai di restoran kami singgah di tengah bandar Beijing untuk ke sebuah pusat membeli belah moden untuk membeli baju panas dan lain lain. Walaupun nampak grand kedai tersebut tetapi harga nya murah . Sehelai baju panas hanya berharga 250 yuan sahaja. Di luar komplek suhu tersangatlah sejuk giler sampai ke tulang. Tak boleh tahan ...tak tahu bagaimana penduduk Beijing boleh menghadapinya. Saya lihat gadis gadia China kebanyakkannya bertubuh slim. Mereka sanggup tidak memakai penutup kepala walau dalam kesejukan demi fesyen.




Masa yang di beri selama sejam kami manafaatkannya dengan membeli baju sendiri dan anak anak. Seterusnya kami di bawa ke sebuah restoran Muslim untuk dinner. Teruja untuk makan pertama di negara China. Nak tahu juga apa makanan yang akan di hidangkan.






Selesai makan malam terus kami di bawa ke hotel penginapan untuk berehat. Nama hotelnya ialah Shanshui Trends Hotel bertaraf 4*. Di hotel dek kepenatan kami tidur cepat malam tu. Sistem pemanas berpusat di hotel yang baik membantu melegakan kami yang kesejukan sejak tiba di Tianjin petang tadi



Sekian dulu untuk waktu ini . Selepas ini saya akan ceritakan aktiviti hari kedua saya dan rombongan di Beijing

No comments:

Post a Comment