Seawal pagi selepas sarapan di hotel, kami menuju ke Tianjin menaiki van yang setia bersama kami selama di Beijing. Tianjin 130 km ke tenggara Beijing berlautkan Laut Bohai yang bermaksud Pelabuhan syurga. Mula di bina semasa Dinasti Song ( 960 - 1279 SM).
Di Tianjin kami singgah lagi di sebuah Pasaraya untuk membeli cenderahati terakhir selama berada di negara China dan makan tengahari di situ. Selepas itu kami terus di bawa ke Tianjin Airport untuk balik ke KL.
Flight kami AirAsiaX dijadualkan akan terbang pada jam 3.50 petang tetapi telah delay ke pukul 7 malam . Resah juga menunggu di balai menunggu kerana menunggu adalah satu penyiksaan. Setelah tahu alasan penangguhan kerana ada masalah di lapangan terbang Beijing dimana sebuah kapalterbang lain tersangkut dilandasan menyebabkan AirAsiaX terlewat.
Akhirnya hampir jam 8.00 malam AirAsiaX yang kami naiki terbang membelah angkasa meninggalkan seribu kenangan selama kami berada di Beijing, China. Juruterbang mohon maaf dari kami atas kelewatan terbang dan beliau mengumumkan pemberian makanan dan air percuma kepada kami sebagai tanda penghargaan atas kesabaran kami
Kami mendarat di LCCT jam 2.00 pagi. Anak sulung saya sedia menjemput kami di LCCT dan sesaat itu juga saya katakan padanya, "Bawak abah makan nasi." kataku. Sememangnya aku sangat rindu dengan masakan Melayu. Kami singgah di R & R untuk melepas dendam nafsu makan.
Di situ juga isteriku terus memberikan cenderahati kepada anak sulung ku itu kerana beliau tinggal di Shah Alam dan kami pula akan kembali ke Cheras.
Itulah sahaja penceritaan kembara ku kali ini. Sepastinya aku akan kembara lagi. Tempat dan negara mana belum ku tahu. Walau begitu di hati dan rencana telah ada di benak fikir dan hatiku.
Sekian, Jumpa Lagi....Terima Kasih kerana sudi membaca
No comments:
Post a Comment