Saturday, December 18, 2010

NAGIBAH YANG KU KENAL...

12 Ogos 2010

     *Tahun 1981 umur baru 18 tahun dah kerja dah. Duduk kat kaunter pinjaman mengadap dengan Jib. Beliau masa tu pakai skaf. Masa tu tak ada staf yang bertudung. Yang saya tahu staf yang dari mula kerja bertudung penuh ialah Kak Ana Rahim ( 1982) . Belakang Nagibah ialah bilik Ketua Bahagian dimana duduknya aruah Puan Zahrah dan Cik NorAzian .

     *Cik NorAzian ni dia suka gentil gentil rambut dia yang kerinting tu dan bergayut kat telefon. Rasanya masa tu dia tengah bercinta. Kaunter Edaran ( pinjaman) dah bertentangan dengan Kaunter Rujukan ( Nagibah) maka selalulah usik usik dan berbual bual dengan dia.Masa tu staf Bahagian Rujukan ada 2 orang iaitu Cik NorAzian dan Nagibah sebagai kerani nya.

    *Nagibah ni dari dulu lagi adalah seorang yang lembut tutur kata, baik tingkah laku ......orang Johor yang asli Johorean nya merupakan orang yang paling lembut dalam berbahasa dan gerak geri.... contoh seperti aruah Puan Zahrah yang baik dan tak sombongdengan staf bawahan. Kerana itu ramai yang sukakannya.

    *Tahun 1985 saya ditukarkan ke Bahagian katalog ( Sebab dah naik pangkat jadi Pembantu Perpustakaan). Bukan besar pun gajinya. Adalah lebih kurang RM335.00. Masa tu pegawai pun gaji mereka lebih kurang RM700.00 saja. Masa jadi Penyemak Perputskaan dapat gaji RM 235.00. Bila dah tolak Koop, Socso dan KWSP dapat lah balance RM180.00. Yang layak masa tu loan basikal je. Minta loan motor kena gelakkan kerani pejabat bendahari.

    *Di Katalog saya dan nagibah berpasangan dengan pegawai nya En Bahrun Narosid . Dia orang kelanten. Sekarang ni dia adalah Ketua Pustakawan kat Library Universiti Tun Hussein Onn Batu Pahat. En Bahrun ni lagi baik orangnya. Dia dikhaskan mengkatalog semua buku-buku agama. Sangat simple dan mudah berurusan / bertugas bersama Nagibah dan En Bahrun . Pernah dalam satu tahun tu dia suruh saya nilai diri saya sendiri sebab dia takut tak dapat berlaku adil ke atas saya. Takut dosa katanya....." Mu tando lah mana markah mu mau....nanti ambo nengok balik".

     *Berbalik kepada Nagibah tadi pemergian dia sangat di rasai . Masa kami makan makan petang masa buat projek bulan lepas dia selalu join kami. Dia rasa terhibur bila bersama kami. Masa berkursus di kedah dulu pun dia kelihatan sedikit uzur. Walau apapun Allah S.W.T lebih menyayanginya. Hilang lagi seorang rakan yang sezaman saya dan kawan kawan sewaktu saya. Moga roh nya bersama orang-orang yang soleh ......Tak mampu menulis lebih lanjut kerana saya sangat sedih dan terasa kehilangan seorang lagi kawan sezaman......Amin...

APA MAKSUD MASBUK DAN MUAFIK 2...

30 Julai 2010


Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?
  • Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan).
  • Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).
  • Namun, mengikut qaul yang sah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.
  • Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah. (laju). Jadi, kalau pada rakaat
Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?
  • Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh.
  • Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.
  • Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.

Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?
  • Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat.
  • Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiam selepas sujud.
  • Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.
  • Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal.
  • Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.
  • Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam. Pernah berlaku di Masjid UTM dimana semasa solat Dzohor,  imam membawa sehingga 6 rakaat. Bermacam-macam tindakan dari makmum. Yang berilmu mengambil tindakan yang sepatutnya manakala yang tidak berilmu mereka menjadi keliru.
  • Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).
Dalam mengajar anak-anak solat berjemaah, adakah wajar membawa mereka bersama-sama di tengah saf?
  • Membawa anak-anak solat berjemaah adalah amalan baik. Cuma, pengawasan ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau adalah perlu. Ia supaya anak-anak tidak mengganggu perjalanan solat sehingga menjejaskan kekhusyukan para jemaah.
  • Bagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan memerlukan kita melihat kepada kesesuaian tempat, masa dan kumpulan sasaran.
  • Jika berlaku kesesakan disebabkan ruang solat yang kecil terutama pada solat Jumaat maka pengasingan saf antara golongan dewasa dan kanak-kanak perlu dilakukan secara bijak.

APA MAKSUD MASBUK DAN MUAFIK...

30 Julai 2010


  • Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama imam.
  • Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.
  • Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.
  • Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.
  • Jika kita masbuk, apakah syarat fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?
  • Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.
  • Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah dan ta'awuz (auuzubillah).
  • Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.
  • Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".
  • Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.
  • Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah.
  • Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.

PTK: CABARAN DAN DUGAAN...

23 Julai 2010


    *Alhamdulillah akhir nya selesai juga PTK yang sangat memanaskan. Benda baru ni sangat  berlaku kekalutan di pihak Unit PTK. Saya yang di jadualkan mengambil ujian pada 19 - 20/7/2010 telah dihubungi Unit PTK mengingatkan saya menghadiri ujian PTK pada 2-3 Ogos 2010. Bila ditanya adakah tarikh telah berubah mereka kata datang saja pada tarikh 2-3 Ogos. Maka saya akurlah dan sedikit gembira kerana masa yang lebih panjang untuk persediaan tugasan presentation powerpoint yang telah diberi awal minggu sebelumnya.*

    *19 Julai ketika sedang bersarapan di kafeteria Pak Lah saya telah dihubungi oleh Unit PTK untuk datang ke Pusat Latihan kerana panel sedang menunggu. Rupanya dahulu mereka telah tersalah maklum kerana menyangka saya S22. Dengan segera saya ke sana tetapi malang kerana perbincangan kumpulan telah hampir selesai (peringkat rumusan). Itu akan menyebabkan markah individu saya untuk sesi tersebut pastinya rendah. Apa nak buat ....saya maafkanlah juga kesilapan Unit PTK. Dah takdirlah tu.*

    *Dalam sesi presentation perseorangan dan temubual berkumpulan, panel panel sangat mesra alam dan asyik mengatakan kesian kat kami orang orang lama ( 10 orang). Mereka kata mereka akan tolonglah kami. Kesian kat otai otai ni .Apa tidaknya ...ada yang kerja kat bengkel ...kat makmal ....bilalah masa mereka nak gunakan komputer....lebih lebih lagi power point ....panel ada tanya kami ada bukak tak laman web pendaftar ...dia tanya apa maklumat  terkini di laman tu .....sorang pun tak dapat jawab .....panel senyum simpul dan tawa kecil .......dia kata kat kami ....kesiann......akhir kalam mereka kata kami boleh....o.k lah mereka kata...hehehe....

     *20/7/2010 ujian objektif Fungsional - Dulu Unit PTK kata peksa kat bawah masjid.....tapi kat papan kenyataan dah berubah ke FKE....nasib baik ada jengah jengah...kalau tak melepas lagi....Sebelum gi peksa tu ingatkan boleh pilih menjawab bahagian sendiri macam dulu dulu . Rupanya soalan melipti semua bahagian dan kena jawab semua 25 soalan.

     *Bila bukak kertas soalan MasyaAllah boleh tahan susahnya. Payah rasanya nak lulus kertas ni....dari 25 soalan hanya 12 soalan yang saya yakin dengan jawapan. Yang lain tu tembak saja. Macam mana tak tembak ...soalan nya pasal akta (4 soalan), soalan pasal JBA (4 soalan) yang teknikal dan soalan URM ( 3 soalan) Mana saya tahu pasal SDI dan Z Protokol. Baru ari ni tahu menda menda tuh.....Aduhhh....tak membantu nampaknya... Kesian pada staf yang tak pernah ke bahagian lain PSZ. Nanti masa mereka ambil PTK pastilah lebih sukar jika selama 7-8 tahun kerja hanya tahu menyusun buku atau menjaga rekod cuti saja . Aduh kesian....

     *Pukul 11 pagi kena Perbincangan kes. Saya bincang sorang sorang. Tapi Alhamdulillah Panel sangat membantu sangat mesra. Maka walaupun bincan sorang sorang rasanya dapatlah menjawab pertanyaan panel. Kul 12 pulak persembahan. Saya di beri tajuk pada masa itu juga dan dibuat dalam bentuk power point untuk persembahan kepada panel. Sekali lagi 2 orang panel sangat membantu kerana saya tak mahir menggunakan power point dan kerja saya menjadi mudah dah bolehlah bercakap. Terasa lah pulak macam student master memberi presentation. Hehehe ...

    *Tulisan ini adalah sebagai dorongan kepada S22 yang akan peksa Ogos nanti dan kepada semua staf sokongan yang akan mengambil PTK di masa depan.

           *Sekian.*
                           Sebenarnya anda tidak gagal , tetapi anda belum berjaya, anda
                        tidak gagal tetapi anda kena ubah cara, anda tidak gagal mungkin        
                                 Allah ada rancangan lain utuk anda selamat beramal

ORANG MELAYU DAN PERUBAHAN...

4 Jun 2010

  • Hari ini orang sentiasa membahaskan dan mengaku tanpa ragu bahawa masyarakat melayu sedang mengalami pembanggunan sosio budaya yang pesat. Kepesatan itu diertikan juga sebagai pemodenanisasi.

  • Pemodenan fikiran dikatakan telah berlaku kerana kini gelaran emak,ayah,kau,aku,hang dan kome sudah tudak bernilai lagi kerana ‘mummy’ ‘daddy’,. ‘I’ dan ‘You’ lebih dianggap praktikal. Begitu juga disegi pakaian dan selera makan orang melayu. Ulam petai,jering,kerdas,tempoyak telah digantikan dengan burger,steak,pizza,hot-dog dan berbagai-bagai lagi. Baju kurung,baju melayu,bersongkok, bertanjak songket tidak lagi menjadi amalan tetapi digantikan dengan T-shirt,midi,’skirt’ dan lain-lainnya.

  • Walaubagaimanapun,haruslah diakui bahawa perubahan tersebut tidak ketara di dalam semua strata masyarakat melayu. Ianya berlaku pada mereka yang berpendidikan sahaja. Kemunculan perubahan-perubahan ini adalah tempias dari satu rangkaian faktor iaitu media massa yang mendedahkan mesyarakat melayu kepada unsur-unsur keberatan. Namun demikian bukanlah faktur pendedahan yang ingin dipersoalkan tetapi tindak balas dari masyarakat Melayu itu sendiri. Kebanyakan mereka menerimanya tanpa soal. Hari ini anak-anak sudah tidak diajar untuk bersalam,tetapi diajar membuat ‘flying kiss’ dan ‘Ta ta’. 
             

  • Tapi segala perubahan itu hanya pada zahirnya sahaja. Nilai batin di jiwa orang Melayu masih tetap tidak mengalami kejutan budaya itu. Sebenarnya bilai-nilai kemelayuan itu masih tebal di jiwa orang Melayu. Semoden mana rumah orang Melayu,diceruk-ceruk ruang akan kelihatan juga tudung saji,ayat-ayat Quran,nama Allah dan rasul. Sekali-sekala akan ketagih juga mereka kepada nasi lemak,cucur kodok,lepat pisang dan tapai. Setinggi mana status mereka dalam masyarakat ikatan darah di antara mereka dengan orang kampung tidak boleh diputuskan. Sehebat mana bandar itu kepada mereka,tidak ada tempat lain yang lebih meriah untuk berhari raya selain di kampong.

  • Orang-orang Melayu sebenarnya mewakili penduduk dunia,perhatikan riak wajah mereka yang berkulit sawo matang majoritinya itu. Di zaman ini kita boleh lihat wajah-wajah orang Melayu yang berwajah Mat Salleh,wajah Negro,wajah cina,wajah Hindustan,wajah Jepun,wajah Arab dan segala jenis wajah yang ada di dunia ini. Adakah orang Cina yang berwajah Arab? Adakah Mat Salleh berwajah Negro dan adakah orang India yang berwajah Cina? Tentunya tiada. Hanya orang Melayu yang mempunyai wajah-wajah orang dunia. Tidakkah orang Melayu itu unik?..
Tetapi apa pun pendapat yang dikemukakan,kesemuanya bersetuju bahawa masyarakat Melayu memang perlukan perubahan diri. Perubahan yang berlaku demi pembanggunan dan kemajuan tanpa perlu membuang segala yang asal. ‘Takkan Melayu hilang di dunia’ kata Hang Tuah. Semua itulah yang kita harapkan di zaman dunia komputer ini.

NIKMAT...

9 Mei 2010


  • Apa yang nak saya katakan pasal nikmat bukan lah nikmat yang saudara sangkakan. Nikmat yang dikatakan ialah pasal nikmat menghantar anak ke sekolah. Setiap hari dengan menghantar dan menjemput sendiri anak ke / dari sekolah adalah sesuatu yang sangat membahagiakan. Berpanas dan berhujan semua ditempoh kerana kenderaan yang ada hanyalah motosikal buruk.

  • Orang orang yang tidak mampu untuk menaikkan mereka kesekolah dengan bas sekolah terpaksalah menghantar dan menjemput mereka sendiri. Kadang kadang dimarah bos kerana terlewat ke pejabat tetapi apa nak buat , mengaku sahajalah dan minta maaf. Lama kelamaan bos pun dah tak marah sebab dah tak kuasa. Semasa bujang dahulu bos sangat marah tetapi bila mereka sudah berkeluarga akhirnya mereka dapat juga memahami  orang yang bermasalah sebegitu.
  • Ada juga ibubapa yang tidak berpeluang merasai nikmat menjemput anak dari sekolah kerana telah melangkah ke asrama selepas UPSR , kemudian melanjutkan pelajaran ke IPT. ( Antara IPT yang berkebajikan ialah Uitm kerana yuran yang murah . Hanya RM500  satu semester bahkan pelajar mendapat elaun makan dari kerajaan). UiTM hanya untuk bumiputera yang ditubuhkan dibawah MARA tetapi kini sedang di intai dan dihimpit oleh bukan bumiputera melalui politik. Moga UiTM dapat mengekalkan status kemelayuannya.

  • Anak – anak adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan. Ia bagaikan nyawa yang disambung – sambungkan untuk merentas masa di dunia ini. Ia menyambung dan meneruskan harapan, cita – cita dan perjuangan setiap kita. Tiadalah yang lebih menggembirakan selain melihat segala harapan yang tinggi menjadi kenyataan.

  • Bila anak anak itu berjaya ke Menara Gading, ibu bapa pastinya berasa puas kerana telah melaksanakan tanggungjawab. Kemungkinan Allah meredhai penat lelah ibubapa yang menghantar dan menjemput anak ke sekolah. Pastinya ibubapa tidak mengharapkan balasan kewangan dari anak sebagai ganti tanggungjawab.

  • Anak anak juga adalah amanah. Kerana setiap manusia adalah terbeban dan tergadai dengan tanggung jawab masing – masing. Kerana setiap manusia terikat dengan hasil usahanya sendiri di dunia ini. Maka melorongkan anak – anak yang masih kecil dan mentah itu menjadi tanggung jawab dan amanah ke atas setiap kita   
      

TIT FOR TAT...

22 April 2010


The wife is busy frying eggs, when her husband comes home.

He walks into the kitchen, sees his wife cooking, and immediately starts
yelling:

"CAREFULL!!! CAREFULL!!! MORE OIL!!! TURN THEM!!! TURN THEM NOW!!! WE
NEED MORE OIL!!! THEY ARE GOING TO STICK!!! TURN THEM!!! FOR HEAVEN'S
SAKE!!!! COME ON!!!
WHAT ARE YOU WAITING FOR!!!! ARE YOU BLIND!!!!! LET ME DO IT THEN!!!!
TURN THEM!!! HURRY UP!!! ARE YOU CRAZY!!!! THE OIL IS GOING TO SPILL!!!
USE MORE SALT!!! THE SALT!!!!"

The wife is getting more furious by the minute. When she couldn't take
it anymore, she blurted: "What the hell is wrong with you? Why are you
yelling like this? I've done this a million times. Do you think I don't
know how to fry an egg?"

The husband calmly replies: "This is to show you what it feels like for
me when I am driving and you sit next to me..."


* Perempuan menjadi tidak rasional semasa mulutnya bising ( kerana
lebihan emosi yang sukar dikawal)  manakala orang lelaki tidak rasional
bila dia diam. ( kemungkinan sedang memikir wanita lain sangat tinggi).

Hj Nordin Hj Mohd Nor
 

MISTERI ALAM GHAIB DI PSZ...

21 April 2010


Kisah 1


  • Shahrin sedang mengutip majalah di ruang bacaan aras 2 pada jam 10.15 malam apabila tiba tiba beliau berasa sesuatu meniup di kuping telinganya. Bersangkakan rakan yang mengusik beliau pun memalingkan muka ke belakang tetapi tiada siapa . Memandangkan hanya beliau sahaja yang ada di aras tersebut pada waktu itu maka dengan pantas beliau terus naik ke atas tanpa menoleh kebelakang lagi.

Kisah 2



  • Lebih kurang jam 7.15 pagi di aras 5, makcik cleaner ternampak sampah bertaburan di lantai dan bakul sampah yang terbalik. Makcik tu pun terus menuju ke sampah berkenaan untuk mengutip dan memasukkan kertas kertas sampah tersebut ke bakul sampah sambil membongkok dan mengomel gomel. Ketika itulah makcik cleaner itu di sapa orang. Beliau pun menoleh kebelakang untuk menjawab kerana sangka nya staf USK dah mula naik untuk menyusun buku. Seperti Shahrin tadi apabila menyedari tiada siapa dibelakang , makcik itu pun berundur beberapa tapak dan cabutlah.


Kisah 3

  • Jamian sedang mengutip buku di meja di aras 5 apabila beliau mendengar orang menghempas buku di bahagian sudut berhampiran FAB. Dalam hati beliau sangkakan rakan lain pun turut ada dan beliau terus ke lokasi berkenaan untuk membantu tetapi tiada siapa di tempat tersebut. Suasana sangat sunyi kerana tiada pelajar dikawasan itu. Bermain di fikiran beliau siapa pulak yang menghempas buku itu tadi. Walaupun ada perasaan takut , beliau teruskan juga mengutip buku kerana buku yang ada di meja masih banyak. Sambil menyanyi lagu Rhoma Irama sekuat hati beliau teruskan juga kerja mengutip buku.

Kisah 4

  • Budin ke tandas aras 2 untuk membuang hajat kecil. Waktu itu jam 7.15 malam. Sebelum masuk pintu tandas Budin membongkok untuk menyinsing tinggi kaki seluarnya. Semasa membongkok itu lah beliau terlihat kaki sesorang yang berkasut baldu warna coklat. Beliau memusingkan badannya untuk melihat siapkah gerangan mamat tersebut tetapi tiada. Beliau berlari ke pintu masuk tandas juga tidak terlihat kelibat mamat itu. Kerana naluri ingin tahu beliau berlari ke arah tangga juga tidak kelihatan sesiapa. Selepas itu Budin pun terus ke aras 3 dan membatalkanlah hajat kecil beliau itu.

Kisah 5

  • Budin ke Bilik Eksekutif untuk menutup lampu pada jam 10.25 malam apabila beliau merasakan di sapa dengan kata " Budin buat apa tu" semasa berada di dalam bilik tersebut. Beliau melihat sekeliling tiada siapa . Mujur beliau tidak menjawab pertanyaan suara itu. Jika di jawab kemungkinan beliau akan demam.

Kisah 6

  • Setiap kali bertugas malam, Kanan akan meronda setiap aras . Pustakawan bertugas malam biasa nya akan meronda dikawasan sekitar ruang bacaan tetapi Kanan pula akan turut meronda kawasan tangga kecemasan.Setiap kali jika berada dikawasan tangga kecemasan berkenaan kami akan merasai sesuatu yang memerhati kami dan kebiasaan nya mengermang tengkok.

Kisah 7

  • Pada satu malam jam 11.00 malam di PSZ KL, saya dan Rodzuan ditugaskan untuk menutup lampu diaras 4. Untuk menutup keseluruhan aras 4 ia dikawal oleh satu butang suis yang berwarna merah. Akan tetapi sebelum memicit butang merah tersebut kami perlu menutup lampu tandas pelajar yang berada di hujung sudut.Setelah menutup lampu tandas kami pun ke tangga untuk memicit butang merah . Apabila kami memicit butang merah lampu di tandas itu menyala kembali. Hairan bin ajaib bermain di kepala kami. Saya suruh Rod pergi tutup tapi dia suruh saya pulak. Akhirnya kami pergi bersama untuk menutup lampu tandas itu. Setelah itu kami kembali ketangga dan memicit kembali butang merah dan sekelipan itu juga lampu tandas tersebut menyala kembali. Alamak Rod ! kata saya. Dia mainkan kita lah .... Aku rasa ... kita cabutttlah lariiiii......lah. Dengan langkah seribu kami bergesa lari menurun tangga ke aras 2 di mana rakan rakan kami dan berkumpul di mesin punch card nak balik.

Sekian cerita cerita yang sebenarnya ada banyak lagi dan lebih seram. Takut ada yang akan kena histeria pulak nanti. Tapi terus terang cakap kawasan aras 2 , aras 5 dan tandas staf perempuan aras 3 memang ada. Ada apa ? Kita biarkan ianya menjadi misteriiii.......Kalau ada pendinding diri dan bersolat , InsyaAllah benda tu tak akan mampu mengusik kita. Nak belajar doa sebelum masuk tandas tanya lah kak anarahim.

Sekian, Wasallam

DOA SOLAT ISTIKHARAH...

11 Mac 2010

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

BAGAIMANA SESEBUAH KUBU BOLEH TERJEJAS BILA....

4 Mac 2010

  • Mari tolong fikirkan matematik ini

  • Dalam satu kumpulan di sebuah kubu, terdapat 8 orang askar biasa. Semasa bertugas malam , kumpulan tersebut akan bertugas di  empat kubu iaitu kubu utama, kubu pangkalan , kubu belakang dan kubu tepi. Empat orang askar akan bertugas di setiap satu kubu tersebut. Semasa bertugas mereka diberi satu ruang masa untuk berehat. Tiba waktu rehat tersebut, mereka akan diganti oleh empat orang askar yang lain.

  • Persoalannya bagaimana jika terdapat kekurangan anggota dalam kumpulan seperti berhenti , cuti rehat kecemasan, cuti sakit dan cuti sangsi. Terdapat sebuah kumpulan dimana seorang anggotanya telah berhenti tetapi belum berganti. Kini kumpulan tersebut tinggal tujuh orang askar sahaja. Bagaimana jika semasa bertugas malam kumpulan tersebut yang telahpun kekurangan orang , bertambah kurang bila seorang anggotanya cuti sakit. Maka tinggal enam orang anggota. Keadaan akan menjadi sangat parah jika hanya tinggal lima orang sahaja yang bertugas sedangkan kubu yang harus dijaga adalah empat

  • Seperti yang dikatakan tadi kubu yang wajib di jaga ada empat kubu. Yang akan menganti empat tadi kini cuma tinggal dua orang. Jadi bagaimana nak menyelesaikannya masalah gantian menjaga kubu. Adakah dua orang itu akan bertugas di keempat empat kubu tersebut. Ohh tidakkk .... Bila masalah seperti itu berlaku maka rombakan jadual menjaga kubu terpaksa dilakukan. Rombakan kecil akan dilakukan oleh sarjan berdasarkan keutamaan kepentingan kubu kubu yang perlu di jaga.

  • Bagaimana mahu menilai keutamaan kepentingan kubu kubu tersebut sedangkan keempat empat kubu adalah sangat penting. Adakah ada antara kubu kubu itu terpaksa di abaikan. Jawapannya ada di 30136 , 30044, 30457 dan 30147.

KATALOG ERA MANUAL, ERA I.T DAN IMBAUAN...

9 Februari 2010


  • Katalog adalah satu cabang dari sesebuah perpustakaan. Tanpanya menjadi sukar untuk membuat pencarian buku di lokasi yang ditentukan  terutama di sebuah perpustakaan yang besar seperti Perpustakaan Sultanah Zanariah. Antara sistem dan amalan standard yang di gunakan di perpustakaan ialah Sistem pengkelasan  Perpustakaan Kongres ( Library of Congress) dan sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey. Kebiasaannya perpustakaan yang besar seperti Perpustakan Sultanah Zanariah akan menggunakan sistem Library of Congress sebagai panduan untuk memudahkan penyimpanan dan capaian kepada bahan bahan didalam sebuah perpustakaan.

  • Setiap rekod katalog perlu mempunyai nombor kelas , keterangan deskriptif dan tajuk perkara. Kebanyakan perpustakaan di seluruh dunia menyediakan rekod katalog dengan merujuk kepada piawaian atau standard penyediaan rekod bibliografi dalam bentuk elektronik yang dipanggil MARC ( Machine-Readable Cataloguing Record).

  • OPAC ( Online Public Accesss Catalog) adalah sumber maklumat yang boleh dicari menggunakan pangkalan data komputer. Contoh OPAC adalah Infolan2 yang digunakan Perpustakaan Sultanah Zanariah.

  • Mengimbau kembali di awal tahun 80an, penggunaan katalog bukanlah dalam bentuk elektronik seperti kini. Semasa itu kad digunakan untuk memasukkan kesemua butiran yang diperlukan dan kad juga digunakan oleh pengguna sebagai panduan mencari bahan bercetak dan bahan tidak bercetak. Semasa itu satu kad katalog perlu di cetak sekurang kurang nya 13 kad. Ianya akan bertambah jika mempunyai banyak perkara dan ramai pengarang.

  • Sebelum dijadikan kad , jurutaip akan menaip di 'Master' terlebih dahulu sebelum disemak kembali dan dicetak. Waktu itu PSZ mempunyai 2 orang juruteknik cetak tetapi atas sebab sebab tertentu kami turut terpaksa membuat kerja kerja mencetak itu. Saya ingat lagi Sdr Abd Aziz Othman dan Sdr Abd Rahman Ahmad yang rajin bantu mencetak. Saya jarang melakukannya kerana takut disepit tangan oleh mesin cetak itu.

  • Kad kad yang telah siap dicetak akan disusun di laci utama ( pengarang dan judul) , laci perkara, laci shelflist dan laci contigency. Apabila tiba waktu menyusun , staf bahagian Katalog akan memenuhi ruang kabinet laci utama yang juga merupakan kabinet pengguna mencari maklumat. Seronok semasa menyusun kad beramai ramai. Ketika itu kami menjadi sangat akrab bahkan dengan student pun kami mesra. Selain menyusun kad, kami juga mengkatalog buku buku CIP ( Cataloguing in Publication Data). Disebabkan kemahiran mengkatalog , kami pernah diarah mengkatalog buku buku 'original'. Orang orang seperti En Budin, En Rahman, Kak Kasminah, Kak Wan, Kak Ana , saya dan beberapa orang lagi adalah antara staf yang diberi kepercayaan.

  • Kini tugas mengkatalog tidak lah sesukar dahulu kerana kemajuan teknologi I.T. Kes kes seperti 'double cuttering' tidak seharusnya berlaku.Mereka yang biasa mengkatalog buku juga akan menjadi pakar menyusun buku. Kerana itu orang yang tinggal sepeti En Budin dan saya apabila menyusun buku dirak akan tahu buku tersebut salah dikatalog hanya berdasarkan judul dan nombor panggilannya sahaja. Hati berasa bersalah jika tidak melakukan sesuatu terhadap buku tersebut.

  • Banyak kenangan semasa bertugas dibahagian katalog yang diketuai oleh seorang yang sangat pakar dan dihormati seperti aruah Pn Zahrah, Pn Halimah dan Pn Salmah. Membimbing, menegur dan menasihat dengan kaedah tunjuk ajar lembut mereka menjadikan orang orang lama ni menghormati mereka bagaikan ibu. Bila dianggap begitu kerjasama yang padu dapat dicurahkan. Sebagai satu nadi penting dalam perkhidmatan perpustakaan elok juga rasanya staf baru dari bahagian lain diberi latihan mengkatalog agar mereka lebih memahami apa itu katalog.



MENGADU DOMBA...

3 Februari 2010

  • Adu, aduan, mengadu masalah, mengadu domba merupakan satu sifat semulajadi yang ada pada manusia biasa. Anak mengadu kepada ibubapa, adik mengadu kepada abang, mangsa jenayah buat aduan kepada polis, orang kampung mengadu kepada Tok Ketua dan pelbagai lagi jenis adu. Bunyinya nampak seloka tetapi ianya adalah realiti.

  • Ada aduan yang positif dan ada yang negatif. Seorang mangsa rompakan mengadu kepada polis adalah positif . Sekumpulan orang kampung mengadu kesusahan hidup mereka kepada Ketua Kampung juga adalah positif. Seorang yang mengadu pembelaan tanpa memburukkan orang lain juga adalah positif.

  • Aduan negatif adalah yang berbentuk berkepentingan diri. Mungkin pengadu berasa puas jika aduan nya itu berupaya menonjolkan dirinya. Di era I.T ini aduan terdapat dalam berbagai bentuk. Selain aduan lisan atau oral , aduan sms, aduan e-mel juga digunapakai. Sukar mendapat individu yang mengadu secara bersemuka dengan orang yang di adukan.

  • Mengikut psikologi, pengadu negatif selalunya melakukan nya tanpa memikirkan kesan akibat dari tindakan nya itu. Perasaan gelisah, geram dan amarah membuatkan pengadu melontarkan hasrat kesumatnya itu. Setelah berjaya meluahkannya emosinya akan kembali normal tetapi tidaklah lama. Jika yang menerima aduan tidak cerdik kesan nya akan memudaratkan individu yang terlibat. Kebenaran fakta , belakang tabir dan keadaan sekeliling perlu diambil kira sebelum tindakan di ambil. Ya apa perasaannya jika orang yang di adu itu pernah membela dan menjaga aib si pengadu dari tingkah dan perilaku pengadu.

  • Kadangkala sipengadu hanya suka suka mengadu walaupun sebenarnya orang yang di adu itu tidak melibatkan atau menjejaskan dirinya . Cuma seperti apa yang dikatakan tadi ketidakstbilan emosi  yang menguatkan azam nya untuk mengadu. Orang yang di adu akan menjadi mangsa kerakusan emosi pengadu. Pendengar aduan yang berpengalaman pastinya akan memandang sinis aduan yang tidak jujur

  • Akhir kata, yang paling paling positif untuk melakukan perbuatan mengadu ialah mengadu kepada Allah S.W.T. Jika selalu mengadu kepada Allah S.W.T dan berserah kepada NYA pasti akan mendapat ketenteraman jiwa. Biar Allah sahaja yang membalasnya.

USK:PERANAN DAN PENGALAMAN...

16 Januari 2010

Untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza dari hanya melakukan kerja kerja meja , USK adalah tempatnya. Berhadapan dengan pelanggan secara langsung dan bersemuka serta sebolehnya membuat keputusan atau menyelasaikan permasalahan pelanggan sangat mengujakan dan penuh cabaran . Semua pengalaman yang terkumpul diperturunkan buat tatapan :



  Sebagai Badan Kebajikan Masyarakat
  • Pernah seorang pelajar perempuan datang ke Kaunter Sirkulasi kelihatan sangat pucat dan lemah. Bertanyalah staf di kaunter keadaan beliau. Katanya belum sarapan pagi sedangkan jam menunjukkan pukul 11 pagi. Kasihan melihat beliau staf dikaunter membawanya masuk ke pejabat dan berikannya biskut beserta air kopi panas. Selesai bersarapan ringan itu, pelajar itu pun minta diri dan kata nya beliau dah segar sedikit lalu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang di berikan.

  Sebagai Bulan Sabit Merah


  • Suatu  waktu pada hari Ahad seorang pelajar lelaki di serang sawan babi. Berkejarlah kami ke aras 4 setelah menerima maklumat. Di ruang bacaan kelihatan seorang pelajar telah terbaring berlumpuran darah dikepala dan lantai. Dari maklumat saksi , beliau yang tiba tiba jatuh  terantuk dahinya di bucu rak yang tajam kerana semasa itu beliau sedang mencari buku di rak.  Melihatkan keadaan diri beliau itu  kami telah meletakkan senaskah buku nota yang nipis ke mulut pelajar itu agar tidak terkancing mulut dan giginya. Setelah membersihkan darah di dahi, luka didahi kami tekup dengan kain dan kami ikat keliling kepalanya. Pelajar itu diangkat dan dibaringkan ke sofa pejabat sementara menunggu ambulan yang telah dihubungi tiba. Darah dilantai staf USK lah yang mencucinya. Kotoran darah yang terkena di baju staf sendiri balik rumah salin dan sendiri lah cuci.
      
  
Sebagai Balai Polis Kecil
 
Sebuah dompet telah dijumpai dimana setelah diperiksa terdapat sejumlah wang berjumlah RM 2500. Berdasarkan kepada kad pengenalan semakan dibuat di komputer. Empunya rupanya adalah seorang staf lalu kami hubungi melalui telefon tetapi nombor yang didaftarkan di sistem AdvCirc tidak aktif. Beliau telah bertukar nombor telefon rupanya. Kami kemudian ke alamat yang ada di kad pengenalan. Dirumah tersebut si isteri telah memberikan nombor telefon terkini dan minta empunya dompet untuk datang ke kaunter sirkulasi PSZ untuk membuat tuntutan.

  • Selepas Isyak beliau datang dan setelah berpuas hati dan mengesahkan beliau adalah empunya dompet berdasarkan kad pengenalan dompet pun diserahkan kembali kepada tuannya. Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih sambil menghulurkan not RM100 tetapi ditolak dengan baik oleh kami. Beliau balik tetapi berjanji akan datang semula. Hampir jam 11malam beliau datang dan beritahu kami yang beliau berhajat menjamu kami dengan durian. Kerana desakan yang sangat kuat dari beliau, kami pun menjamu selera lah buah durian yang sekarung itu beramai ramai satu kumpulan dekat parking pajero PSZ.  
      
  Sebagai Tempat luahan marah orang   


  • Suatu hari kami didatangi seorang pelajar asing yang tiba tiba mengahmpiri kami dikaunter untuk meluahkan amarahnya terhadap UTM. Beliau tidak berpuashati dengan kemudahan yang disediakan di UTM seperi internet , sabun basuh tangan, hawa dingin di bilik , perjalan ke SPS yang tidak berbumbung dan bermacam lagi lah. Dari kata katanya fahamlah kami tetapi beliau telah membuat aduan di tempat yang salah. Kami cuba terangkan kepada beliau semua aduan beliau itu boleh dikemukakan ke SPS untuk di buat tindakan. Sebaliknya kami di marahi dan disuruh diam. Katanya you just listen. Selepas pot pet pot pet 7-8 minit beliau pun berlalu pergi. Kami yang ada di kaunter hanya mampu tersenyum.

Sebenarnya ada banyak lagi pengalaman ketika bertugas di USK yang boleh dikongsi bersama. Cuma tanggapan orang bila berlaku apa apa yang negatif maka mereka akan berpaling ke USK harus lah di buang. Staf USK adalah mereka yang berada dibarisan hadapan yang banyak menaikkan imej PSZ. Staf USK adalah juga buruh mengangkat kerusi meja, adalah juga sebagai juruteknik alatan media, adalah juga juruteknik sistem komputer dan pernah juga sebagai juruteknik elektrik apabila berlaku 'trip di kotak suis , adalah juga pekerja kebersihan dan pernah juga sebagai penyiram bunga sedangkan mereka juga adalah seorang Pembantu Perpustakaan yang sama gelar jawatannya dengan Pembantu di unit/bahagian lain.

Kini USK tidaklah seperti dizaman kad katalog lagi. Kemasukan staf baru yang mahir dengan komputer banyak membantu USK. Sebagai barisan hadapan USK sepatutnya perlu dibekalkan dengan staf yang berkualiti dan mencukupi. Sebarang kekurangan dan kekangan bakal menjejaskan produktiviti dan efisiensi petugas di kaunter. Kehadiran 8 bunga mekar di USK tambah menyerikan imej perkhidmatan di kaunter.

Sekian lah untuk bacaan ringan saja buat anda staf PSZ...

SAMA SAMALAH KITA BELAJAR...

  16 November 2009

   Semasa masuk ke Masjid sedangkan azan sedang berkumandang adajemaah yang terus duduk sedangkan sepatutnya jemaah kena berdiri sebagai menghormati azan. Setelah habis azan barulah kita solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat waktu. Itu yang sepatutnya kita lakukan tetapi ramai yang tidak mengetahui adab-adab tersebut.

     Semasa minggu peperiksaan yang lalu, kelihatan ramai student yang mengulangkaji pelajaran di masjid. Ada yang tidur baring di dalam masjid tetapi tidak mengikuti adab-adab semasa di Masjid. Ada antara mereka yang tidur selena-lenanya hingga berdengkur dan ada yang tidur menjulur kaki menghadap kiblat. Sepatutnya itu tidak berlaku jika mereka tahu adab-adab. Adalah satu kesalahan menjulurkan kaki menghadap kiblat.

       Kaum wanita sebenarnya lebih afdal bersolat di rumah daripada bersolat di Masjid. Semasa bulan Ramadan ramai ibu ibu yang ke surau dan masjid untuk sama berjemaah Tarawih sedangkan mereka adalah ebih digalakkan bersolat di rumah sahaja. Lebih besar pahalanya jika mereka bersolat di rumah.

      Tiada solat sunat selepas solat fardu Asar.

      Orang sekarang gemar membeli sejadah yang berbagai corak.Ada corak berbunga, corak masjid dan macam macam lagi. Adalah lebih baik mempunyai sejadah yang tidak bercorak. Belilah sejadah yang 'plain' kerana semasa solat kita perlu fokus ketempat kita nak sujud. Dikhuatiri titik fokus kita akan bercelaru dan lari apabila kita melihat sejadah yang bercorak.

      Janganlah dengan mudah menggelarkan seseorang dengan gelaran Wahabi serta terkeluar dari kelompok ahli Sunnah wal Jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi.Sebagai contoh: tidak melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi,menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki, membolehkan memegang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki, tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi. Isu-isu sebegini kerap disalah ertikan sehingga disenaraikan sebagai ciri pengikut Wahabi.

      Di sebelah pihak yang lain pula, jangan pula terlalu ringan lidah menggelar sesuatu amalan itu sebagai bid'ah, sesat, ahli bid'ah dan lain-lain gelaran yang menyakitkan telinga. Gunakan hikmah dalam nasihat, hujjah dan panduan, bukan hukuman dan kejian. Perlu disedari bahawa hujjah YANG DIYAKINI KITA SEBAGAI KUKUH tidak semestinya dinilai kukuh dan tepat oleh ilmuan lain berdasarkan dalil dan kaedah yang juga betul serta diterima dalam displin ilmu Fiqh atau Aqidah Islam. Imam Muhammad Ibn Sirin berkata :" Sesiapa yang tidak mengkaji kepelbagaian pendapat fiqh, mereka sebenarnya belum pun dapat mencium bau Fiqh itu. Bau Fiqh pun belum dapat, apatah lagi inti Fiqh itu sendiri. Banyak menuduh dan meggelar mungkin akan boleh memberikan indikasi bahawa mereka yang terlibat sebenarnya belum menghidu bau Fiqh. Belum masak dan matang dalam ilmu Fiqh.

CERITA DARI USK....

 28 October 2009

Semua watak dalam cerita cerita di bawah menggunakan nama Am , Im dan Om
untuk melindungi nama nama sebenar.

Cerita 1

    * Encik Om sedang bertugas di Kaunter Pemeriksaan apabila beliau
      nampak seorang pelajar asing yang memakai seluar pendek masuk ke
      library. Sebagai staf yang tegas , beliau menahan pelajar yang engkar
      peraturan PSZ tu. Maka bual bicara bermula lah :

 
    * Encik Om : Hello....You cannot wear short.

 
    * Student : Yes Sir ...I allergic sambil menunjukkan bekas luka di lututnya.

 
    * Encik Om : Yes I see ....but mana ada gatalnya....luka lama (
      cakap campur campur) . Encik Om masak benar dengan temberang
      palajar asing tu.
    * You matrik card where ? Encik Om bertanya.

 
    * Student :  No...no matrik card ...Card at Counter ...sambil jari
      lurus menunjukkan ke aras Kaunter Media. I take card and then I go
      out library.

 
    * Encik Om : O.k  o.k ...you take kad and you wear long trouser
      before come library.

 
    * Student itu pun terus ke kaunter Media sambil di ekori dengan mata
      oleh Encik Om. Sebentar kemudian pelajar asing datang semula ke
      aras Encik Om lalu terus memberi tabik hormat.

 
    * Student : Sorry Sir sambil ketawa kecil.( Tabik dan merapatkan kaki)

 
    * Encik Om : What solder solder. I no solder ....you solder

 
    * Encik Am yang ada di sebelah membisik perlahan ke telinga Encik
      Om. Om...Om....bukan solder lah.....soljer.....(soldier)

 
    * Student asing tu pun berlalu pergi bersama rakan rakannya . Itu
      adalah antara temberang temberang dan perangai student asing


Cerita 2

    * Encik Im sedang bertugas di kaunter Pemeriksaan juga apabila
      beliau nampak seorang pelajar perempuan cina dari negara China
      yang memakai skirt pendek. Sama seperti Encik Om yang tegas di
      pintu pemeriksaan beliau pun menahan pelajar tersebut.

 
    * Encik Im : Hello miss. You  are wearing a very short skirt. You
      are advice to wear a proper dress ( sambil membawa pelajar
      tersebut ke gambar peraturan pemakaian pelajar di notis yang sedia
      ada di pintu masuk PSZ.

 
    * Student : Yes I know but I need to use the internet for searching
      purpose.

 
    * Encik Im : I can let you go in when you change your dress.

 
    * Student : But I really need to use the internet now. How about if
      I ..... ( sambil melondehkan skirt nya menutupi lutut nya)....Now
      can I go in?

 
    * Encik Im : Aduhhh .....sakit jiwa akuuu....


Ada banyak lagi cerita dari USK .....tapi lain kali lah.....sikit sikit

SOLAT ASAR DI MASJID UTM...

 25 October 2009..
     
      Kita ni beruntung kerana Masjid sangat hampir dengan kita.Dalam 20 langkah sahaja dah sampai. Sememangnya orang yang merancang lokasi pembinaannya mahu ianya berada dalam lingkungan ilmu untuk di manafaatkan oleh pelajar, staf dan pengunjung.
    
      Peluang untuk berjamaah semasa bekerja adalah pada waktu Asar. Semasa itu kita dapat melihat dan mengalami pelbagai kaedah,kerenah, lagak dan gaya jemaah. Sekarang jemaah bukan sahaja orang tempatan tetapi ramai juga terdiri daripada orang asing. Selain dari yang berpegang kepada mazhab Syafie , pelbagai mazhab lain seperti Hanafi, Maliki dan juga Syiah turut bersolat di Masjid UTM. Tetapi pelajar Iran yang berfahaman Syiah, mereka ni tidak turut berjamaah . Mereka biasanya mengasingkan diri samada solat sendiri ataupun berdoa mengangkat tangan setingginya membaca surah Qul.

       Semasa mendirikan solat ada makmum yang lambat pergerakkannya seperti apabila imam mulai rukuk, si polan ni masih belum habis membaca fatihah atau ayat lazim. Yang bahayanya bila imam beriktidal, sipolan tu masih belum selesai lagi. Akhirnya jika imam mula rukuk tapi sipolan ni masih dok baca fatihah lagi maka dia dah dikira terpisah dari jemaah. Solatnya sah
tapi dikira solat bersendirian. Tapi tu semua Allah yang tentukan.

       Sekarang ni jemaah bukan terdiri dari orang tempatan sahaja tetapi turut dimakmurkan oleh orang asing. Bila ramai orang asing kita dapat melihat pelbagai cara mereka melakukan solat. Orang Melayu biasanya sangat berdisiplin dalam pergerakan solat seperti tidak tergaru garu kerana dulu semasa kecil,ustaz ada bagitau batal solat jika bergerak lebih dari 3 kali. Amalan yang orang Melayu buat tu tidak terdapat pada pelajar asing ni. Tergaru garu adalah biasa bagi mereka. 

       Di Tanah Suci Madinah / Mekah kita boleh melihat suasana begitu. Semasa bersolat subuh di MasjidHaram kita kena bersedia untuk bersujud Sajadah ( Sujud Tilawah) kerana kadangkala imam akan membaca ayat Sajadah.

                                  Bacaan dalam sujud sajdah

   "Sajada wajhiyalillazii khalaqohu wasyaqqasam'ahu wa
           basyarahu bihawlihi wa Quwwatih"
       
      Semasa sujud pulak ada makmum yang sujud agak lama. Bila kita dah habis baca Tahiyat Akhir, si dia sebelah ni masih bersujud lagi. Sebenarnya bacaan doa semasa sujud sesuai jika kita solat sendirian tetapi jika kita berjemaah baiklah kita ikut imam kerana semasa nak mula solat kita dah berniat mengikut imam.Seharusnya bila imam mula ke pergerakan yang lain kita kena hentikan bacaan walaupun bacaan kita belum habis dan terus mengikut imam sesuai dengan lafas niat kita mengikut imam.

       Walau apa pun solat berjemaah tu 27 kali lebih pahalanya. Yang bersolat tu lebih baik dari yang tidak bersolat kerana solat itu tiang agama. Jika tidak bersolat amalan lain jadi sia-sia.Biasa kita melihat tatkala azan berkumandang ada yang masih duduk berbual dan makan minum d kios atau masih mengadap komputer berinternet yang selain dari kerja. Tapi kita beranggapan baiklah mungkin mereka sakit atau bermasalah untuk solat jemaah dan mereka mungkin akan solat di rumah bersama anak isteri. Mungkin lah kan.

   Tapi ada satu perkara nak bagitau bagi bapa bapa yang ada anak dara tu, anda juga adalah seorang wali. Apa syarat syarat menjadi wali yang berkualiti. Kena cari lah dengan iman (jika ada tertanam sejak kecil) . Jika anda seorang wali yang tidak berkualiti di khuatiri pernikahan anak anda nanti menjadi tidak berkualiti hingga membawa ke anak cucu dan keturunan seterusnya. 

     Perubahan itu perlu. Samada kita berkesempatan atau tidak
     WallahuAlam.
    Sekian...

GEGARAN...

 12 September 2007..


      Lebih kurang jam 7.15 malam tadi, kami Kumpulan D yang bertugas malam dapat merasai GEGARAN yang sangat kuat sehinggakan rak-rak bergoyang. Yang paling teruk bergoyang adalah rak-rak di aras 5 . Rak Makalah turut  bergoyang kuat  hinggakan seorang staf saya Khairul terpaksa memegang rak-rak tersebut khuatir rak-rak tu tumbang.

     Lepas laporan ni ditulis kalau berlaku lagi gegaran terpaksalah minta nasihat dari Pej Harta Benda. Rupanya bila di layari internet, ada berlaku gempa bumi di Indonesia lebih kurang 875km dari Jay Bee.

Sekian dilaporkan melalui pengalaman...

SIKAP MUNAFIK

 31 Julai 2007
Munafik atau nifaq bermaksud apa yang dizahirkan tidak sama dengan apa yang ada pada batin. Sifat munafik juga digelar hipokrit, mulut manis apabila berkata tetapi hakikatnya ia berbohong, pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya kata-katanya, pandai berjanji tetapi mungkir, ia juga pandai membodek atau mengampu seseorang. Dalam budaya Melayu juga telah banyak menggambarkan sifat-sifat munafik atau hipokrit ini. Contohnya talam dua muka, musang berbulu ayam, telunjuk lurus kelingking berkait, pepat di luar runcing di dalam, dan lain-lain. Allah subhanahu WataAla sangat murka terhadap perbuatan khianat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah Yusuf ayat 52 yang tafsirnya:

"Dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat."

Khianat adalah lawan bagi sifat amanah. Ia juga merupakan sifat atau ciri-ciri orang yang munafik, sebagaimana tersebut dalam hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tanda-tanda munafik itu tiga perkara: apabila seseorang itu bercakap ia sentiasa berbohong, apabila berjanji tidak pernah ditunaikan dan apabila diamanahkan mereka khianat." (Riwayat al-Imam al-Bukhari).

Kedudukan orang munafik tempatnya di neraka yang paling bawah bersama-sama orang kafir, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa' ayat 145 yang tafsirannya:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."


Di antara sifat-sifat munafik itu ialah:


1) Mengkhianati amanah yang wajib dipelihara, meremeh-temehkan amanah yang diberikan atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diserahkan padanya dengan sebaik-baiknya, kerja dengan sambil lewa dan menggunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk kepentingan diri , keluarga dan rakan yang terhampir
2) Bercakap bohong, membuat penjelasan, kenyataan dan keterangan yang dusta atau seakan-akan dusta sama ada dengan lisan atau tulisan, memutar-belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan yang besar. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) muka mereka hitam legam."

 
3) Tidak menepati janji yang diikrarkan dan mencabuli perjanjian yang dipersetujui bersama.
4) Ingin menang dalam pertengkaran (bertengkar sehingga melampaui batas) walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi palsu bagi menguatkan hujah.(nie peguam2bela mahkamah sivil yg berbelit lidah nak menangkan klien).

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat, malah boleh menimbulkan huru-hara, perpecahan dan menghilangkan rasa kepercayaan antara satu dengan yang lain. Orang munafik adalah musuh dalam selimut dan mereka ini lebih berbahaya bagi umat Islam. Orang yang memungkiri janjinya adalah dianggap orang yang membelakangi kebajikan. Akibatnya, Allah Subhanahu Wataala akan mengekalkan perasaan munafik dalam hati mereka. Sementara mereka yang berbuat dosa, nescaya akan diturunkan bala bencana kepadanya yang akan menimpa dirinya sendiri. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa' ayat 111 yang tafsirannya:

"Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri."