3 Februari 2010
- Adu, aduan, mengadu masalah, mengadu domba merupakan satu sifat semulajadi yang ada pada manusia biasa. Anak mengadu kepada ibubapa, adik mengadu kepada abang, mangsa jenayah buat aduan kepada polis, orang kampung mengadu kepada Tok Ketua dan pelbagai lagi jenis adu. Bunyinya nampak seloka tetapi ianya adalah realiti.
- Ada aduan yang positif dan ada yang negatif. Seorang mangsa rompakan mengadu kepada polis adalah positif . Sekumpulan orang kampung mengadu kesusahan hidup mereka kepada Ketua Kampung juga adalah positif. Seorang yang mengadu pembelaan tanpa memburukkan orang lain juga adalah positif.
- Aduan negatif adalah yang berbentuk berkepentingan diri. Mungkin pengadu berasa puas jika aduan nya itu berupaya menonjolkan dirinya. Di era I.T ini aduan terdapat dalam berbagai bentuk. Selain aduan lisan atau oral , aduan sms, aduan e-mel juga digunapakai. Sukar mendapat individu yang mengadu secara bersemuka dengan orang yang di adukan.
- Mengikut psikologi, pengadu negatif selalunya melakukan nya tanpa memikirkan kesan akibat dari tindakan nya itu. Perasaan gelisah, geram dan amarah membuatkan pengadu melontarkan hasrat kesumatnya itu. Setelah berjaya meluahkannya emosinya akan kembali normal tetapi tidaklah lama. Jika yang menerima aduan tidak cerdik kesan nya akan memudaratkan individu yang terlibat. Kebenaran fakta , belakang tabir dan keadaan sekeliling perlu diambil kira sebelum tindakan di ambil. Ya apa perasaannya jika orang yang di adu itu pernah membela dan menjaga aib si pengadu dari tingkah dan perilaku pengadu.
- Kadangkala sipengadu hanya suka suka mengadu walaupun sebenarnya orang yang di adu itu tidak melibatkan atau menjejaskan dirinya . Cuma seperti apa yang dikatakan tadi ketidakstbilan emosi yang menguatkan azam nya untuk mengadu. Orang yang di adu akan menjadi mangsa kerakusan emosi pengadu. Pendengar aduan yang berpengalaman pastinya akan memandang sinis aduan yang tidak jujur
- Akhir kata, yang paling paling positif untuk melakukan perbuatan mengadu ialah mengadu kepada Allah S.W.T. Jika selalu mengadu kepada Allah S.W.T dan berserah kepada NYA pasti akan mendapat ketenteraman jiwa. Biar Allah sahaja yang membalasnya.
No comments:
Post a Comment