4 Mac 2010
- Mari tolong fikirkan matematik ini
- Dalam satu kumpulan di sebuah kubu, terdapat 8 orang askar biasa. Semasa bertugas malam , kumpulan tersebut akan bertugas di empat kubu iaitu kubu utama, kubu pangkalan , kubu belakang dan kubu tepi. Empat orang askar akan bertugas di setiap satu kubu tersebut. Semasa bertugas mereka diberi satu ruang masa untuk berehat. Tiba waktu rehat tersebut, mereka akan diganti oleh empat orang askar yang lain.
- Persoalannya bagaimana jika terdapat kekurangan anggota dalam kumpulan seperti berhenti , cuti rehat kecemasan, cuti sakit dan cuti sangsi. Terdapat sebuah kumpulan dimana seorang anggotanya telah berhenti tetapi belum berganti. Kini kumpulan tersebut tinggal tujuh orang askar sahaja. Bagaimana jika semasa bertugas malam kumpulan tersebut yang telahpun kekurangan orang , bertambah kurang bila seorang anggotanya cuti sakit. Maka tinggal enam orang anggota. Keadaan akan menjadi sangat parah jika hanya tinggal lima orang sahaja yang bertugas sedangkan kubu yang harus dijaga adalah empat
- Seperti yang dikatakan tadi kubu yang wajib di jaga ada empat kubu. Yang akan menganti empat tadi kini cuma tinggal dua orang. Jadi bagaimana nak menyelesaikannya masalah gantian menjaga kubu. Adakah dua orang itu akan bertugas di keempat empat kubu tersebut. Ohh tidakkk .... Bila masalah seperti itu berlaku maka rombakan jadual menjaga kubu terpaksa dilakukan. Rombakan kecil akan dilakukan oleh sarjan berdasarkan keutamaan kepentingan kubu kubu yang perlu di jaga.
- Bagaimana mahu menilai keutamaan kepentingan kubu kubu tersebut sedangkan keempat empat kubu adalah sangat penting. Adakah ada antara kubu kubu itu terpaksa di abaikan. Jawapannya ada di 30136 , 30044, 30457 dan 30147.
No comments:
Post a Comment