NIKMAT...
9 Mei 2010
- Apa yang nak saya katakan pasal nikmat bukan lah nikmat yang saudara sangkakan. Nikmat yang dikatakan ialah pasal nikmat menghantar anak ke sekolah. Setiap hari dengan menghantar dan menjemput sendiri anak ke / dari sekolah adalah sesuatu yang sangat membahagiakan. Berpanas dan berhujan semua ditempoh kerana kenderaan yang ada hanyalah motosikal buruk.
- Orang orang yang tidak mampu untuk menaikkan mereka kesekolah dengan bas sekolah terpaksalah menghantar dan menjemput mereka sendiri. Kadang kadang dimarah bos kerana terlewat ke pejabat tetapi apa nak buat , mengaku sahajalah dan minta maaf. Lama kelamaan bos pun dah tak marah sebab dah tak kuasa. Semasa bujang dahulu bos sangat marah tetapi bila mereka sudah berkeluarga akhirnya mereka dapat juga memahami orang yang bermasalah sebegitu.
- Ada juga ibubapa yang tidak berpeluang merasai nikmat menjemput anak dari sekolah kerana telah melangkah ke asrama selepas UPSR , kemudian melanjutkan pelajaran ke IPT. ( Antara IPT yang berkebajikan ialah Uitm kerana yuran yang murah . Hanya RM500 satu semester bahkan pelajar mendapat elaun makan dari kerajaan). UiTM hanya untuk bumiputera yang ditubuhkan dibawah MARA tetapi kini sedang di intai dan dihimpit oleh bukan bumiputera melalui politik. Moga UiTM dapat mengekalkan status kemelayuannya.
- Anak – anak adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan. Ia bagaikan nyawa yang disambung – sambungkan untuk merentas masa di dunia ini. Ia menyambung dan meneruskan harapan, cita – cita dan perjuangan setiap kita. Tiadalah yang lebih menggembirakan selain melihat segala harapan yang tinggi menjadi kenyataan.
- Bila anak anak itu berjaya ke Menara Gading, ibu bapa pastinya berasa puas kerana telah melaksanakan tanggungjawab. Kemungkinan Allah meredhai penat lelah ibubapa yang menghantar dan menjemput anak ke sekolah. Pastinya ibubapa tidak mengharapkan balasan kewangan dari anak sebagai ganti tanggungjawab.
- Anak anak juga adalah amanah. Kerana setiap manusia adalah terbeban dan tergadai dengan tanggung jawab masing – masing. Kerana setiap manusia terikat dengan hasil usahanya sendiri di dunia ini. Maka melorongkan anak – anak yang masih kecil dan mentah itu menjadi tanggung jawab dan amanah ke atas setiap kita
No comments:
Post a Comment