4 Jun 2010
- Hari ini orang sentiasa membahaskan dan mengaku tanpa ragu bahawa masyarakat melayu sedang mengalami pembanggunan sosio budaya yang pesat. Kepesatan itu diertikan juga sebagai pemodenanisasi.
- Pemodenan fikiran dikatakan telah berlaku kerana kini gelaran emak,ayah,kau,aku,hang dan kome sudah tudak bernilai lagi kerana ‘mummy’ ‘daddy’,. ‘I’ dan ‘You’ lebih dianggap praktikal. Begitu juga disegi pakaian dan selera makan orang melayu. Ulam petai,jering,kerdas,tempoyak telah digantikan dengan burger,steak,pizza,hot-dog dan berbagai-bagai lagi. Baju kurung,baju melayu,bersongkok, bertanjak songket tidak lagi menjadi amalan tetapi digantikan dengan T-shirt,midi,’skirt’ dan lain-lainnya.
- Walaubagaimanapun,haruslah diakui bahawa perubahan tersebut tidak ketara di dalam semua strata masyarakat melayu. Ianya berlaku pada mereka yang berpendidikan sahaja. Kemunculan perubahan-perubahan ini adalah tempias dari satu rangkaian faktor iaitu media massa yang mendedahkan mesyarakat melayu kepada unsur-unsur keberatan. Namun demikian bukanlah faktur pendedahan yang ingin dipersoalkan tetapi tindak balas dari masyarakat Melayu itu sendiri. Kebanyakan mereka menerimanya tanpa soal. Hari ini anak-anak sudah tidak diajar untuk bersalam,tetapi diajar membuat ‘flying kiss’ dan ‘Ta ta’.
- Tapi segala perubahan itu hanya pada zahirnya sahaja. Nilai batin di jiwa orang Melayu masih tetap tidak mengalami kejutan budaya itu. Sebenarnya bilai-nilai kemelayuan itu masih tebal di jiwa orang Melayu. Semoden mana rumah orang Melayu,diceruk-ceruk ruang akan kelihatan juga tudung saji,ayat-ayat Quran,nama Allah dan rasul. Sekali-sekala akan ketagih juga mereka kepada nasi lemak,cucur kodok,lepat pisang dan tapai. Setinggi mana status mereka dalam masyarakat ikatan darah di antara mereka dengan orang kampung tidak boleh diputuskan. Sehebat mana bandar itu kepada mereka,tidak ada tempat lain yang lebih meriah untuk berhari raya selain di kampong.
- Orang-orang Melayu sebenarnya mewakili penduduk dunia,perhatikan riak wajah mereka yang berkulit sawo matang majoritinya itu. Di zaman ini kita boleh lihat wajah-wajah orang Melayu yang berwajah Mat Salleh,wajah Negro,wajah cina,wajah Hindustan,wajah Jepun,wajah Arab dan segala jenis wajah yang ada di dunia ini. Adakah orang Cina yang berwajah Arab? Adakah Mat Salleh berwajah Negro dan adakah orang India yang berwajah Cina? Tentunya tiada. Hanya orang Melayu yang mempunyai wajah-wajah orang dunia. Tidakkah orang Melayu itu unik?..
No comments:
Post a Comment