KATALOG ERA MANUAL, ERA I.T DAN IMBAUAN...
9 Februari 2010
- Katalog adalah satu cabang dari sesebuah perpustakaan. Tanpanya menjadi sukar untuk membuat pencarian buku di lokasi yang ditentukan terutama di sebuah perpustakaan yang besar seperti Perpustakaan Sultanah Zanariah. Antara sistem dan amalan standard yang di gunakan di perpustakaan ialah Sistem pengkelasan Perpustakaan Kongres ( Library of Congress) dan sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey. Kebiasaannya perpustakaan yang besar seperti Perpustakan Sultanah Zanariah akan menggunakan sistem Library of Congress sebagai panduan untuk memudahkan penyimpanan dan capaian kepada bahan bahan didalam sebuah perpustakaan.
- Setiap rekod katalog perlu mempunyai nombor kelas , keterangan deskriptif dan tajuk perkara. Kebanyakan perpustakaan di seluruh dunia menyediakan rekod katalog dengan merujuk kepada piawaian atau standard penyediaan rekod bibliografi dalam bentuk elektronik yang dipanggil MARC ( Machine-Readable Cataloguing Record).
- OPAC ( Online Public Accesss Catalog) adalah sumber maklumat yang boleh dicari menggunakan pangkalan data komputer. Contoh OPAC adalah Infolan2 yang digunakan Perpustakaan Sultanah Zanariah.
- Mengimbau kembali di awal tahun 80an, penggunaan katalog bukanlah dalam bentuk elektronik seperti kini. Semasa itu kad digunakan untuk memasukkan kesemua butiran yang diperlukan dan kad juga digunakan oleh pengguna sebagai panduan mencari bahan bercetak dan bahan tidak bercetak. Semasa itu satu kad katalog perlu di cetak sekurang kurang nya 13 kad. Ianya akan bertambah jika mempunyai banyak perkara dan ramai pengarang.
- Sebelum dijadikan kad , jurutaip akan menaip di 'Master' terlebih dahulu sebelum disemak kembali dan dicetak. Waktu itu PSZ mempunyai 2 orang juruteknik cetak tetapi atas sebab sebab tertentu kami turut terpaksa membuat kerja kerja mencetak itu. Saya ingat lagi Sdr Abd Aziz Othman dan Sdr Abd Rahman Ahmad yang rajin bantu mencetak. Saya jarang melakukannya kerana takut disepit tangan oleh mesin cetak itu.
- Kad kad yang telah siap dicetak akan disusun di laci utama ( pengarang dan judul) , laci perkara, laci shelflist dan laci contigency. Apabila tiba waktu menyusun , staf bahagian Katalog akan memenuhi ruang kabinet laci utama yang juga merupakan kabinet pengguna mencari maklumat. Seronok semasa menyusun kad beramai ramai. Ketika itu kami menjadi sangat akrab bahkan dengan student pun kami mesra. Selain menyusun kad, kami juga mengkatalog buku buku CIP ( Cataloguing in Publication Data). Disebabkan kemahiran mengkatalog , kami pernah diarah mengkatalog buku buku 'original'. Orang orang seperti En Budin, En Rahman, Kak Kasminah, Kak Wan, Kak Ana , saya dan beberapa orang lagi adalah antara staf yang diberi kepercayaan.
- Kini tugas mengkatalog tidak lah sesukar dahulu kerana kemajuan teknologi I.T. Kes kes seperti 'double cuttering' tidak seharusnya berlaku.Mereka yang biasa mengkatalog buku juga akan menjadi pakar menyusun buku. Kerana itu orang yang tinggal sepeti En Budin dan saya apabila menyusun buku dirak akan tahu buku tersebut salah dikatalog hanya berdasarkan judul dan nombor panggilannya sahaja. Hati berasa bersalah jika tidak melakukan sesuatu terhadap buku tersebut.
- Banyak kenangan semasa bertugas dibahagian katalog yang diketuai oleh seorang yang sangat pakar dan dihormati seperti aruah Pn Zahrah, Pn Halimah dan Pn Salmah. Membimbing, menegur dan menasihat dengan kaedah tunjuk ajar lembut mereka menjadikan orang orang lama ni menghormati mereka bagaikan ibu. Bila dianggap begitu kerjasama yang padu dapat dicurahkan. Sebagai satu nadi penting dalam perkhidmatan perpustakaan elok juga rasanya staf baru dari bahagian lain diberi latihan mengkatalog agar mereka lebih memahami apa itu katalog.
No comments:
Post a Comment