16 November 2009
Semasa masuk ke Masjid sedangkan azan sedang berkumandang adajemaah yang terus duduk sedangkan sepatutnya jemaah kena berdiri sebagai menghormati azan. Setelah habis azan barulah kita solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat waktu. Itu yang sepatutnya kita lakukan tetapi ramai yang tidak mengetahui adab-adab tersebut.
Semasa minggu peperiksaan yang lalu, kelihatan ramai student yang mengulangkaji pelajaran di masjid. Ada yang tidur baring di dalam masjid tetapi tidak mengikuti adab-adab semasa di Masjid. Ada antara mereka yang tidur selena-lenanya hingga berdengkur dan ada yang tidur menjulur kaki menghadap kiblat. Sepatutnya itu tidak berlaku jika mereka tahu adab-adab. Adalah satu kesalahan menjulurkan kaki menghadap kiblat.
Kaum wanita sebenarnya lebih afdal bersolat di rumah daripada bersolat di Masjid. Semasa bulan Ramadan ramai ibu ibu yang ke surau dan masjid untuk sama berjemaah Tarawih sedangkan mereka adalah ebih digalakkan bersolat di rumah sahaja. Lebih besar pahalanya jika mereka bersolat di rumah.
Tiada solat sunat selepas solat fardu Asar.
Orang sekarang gemar membeli sejadah yang berbagai corak.Ada corak berbunga, corak masjid dan macam macam lagi. Adalah lebih baik mempunyai sejadah yang tidak bercorak. Belilah sejadah yang 'plain' kerana semasa solat kita perlu fokus ketempat kita nak sujud. Dikhuatiri titik fokus kita akan bercelaru dan lari apabila kita melihat sejadah yang bercorak.
Janganlah dengan mudah menggelarkan seseorang dengan gelaran Wahabi serta terkeluar dari kelompok ahli Sunnah wal Jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi.Sebagai contoh: tidak melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi,menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki, membolehkan memegang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki, tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi. Isu-isu sebegini kerap disalah ertikan sehingga disenaraikan sebagai ciri pengikut Wahabi.
Di sebelah pihak yang lain pula, jangan pula terlalu ringan lidah menggelar sesuatu amalan itu sebagai bid'ah, sesat, ahli bid'ah dan lain-lain gelaran yang menyakitkan telinga. Gunakan hikmah dalam nasihat, hujjah dan panduan, bukan hukuman dan kejian. Perlu disedari bahawa hujjah YANG DIYAKINI KITA SEBAGAI KUKUH tidak semestinya dinilai kukuh dan tepat oleh ilmuan lain berdasarkan dalil dan kaedah yang juga betul serta diterima dalam displin ilmu Fiqh atau Aqidah Islam. Imam Muhammad Ibn Sirin berkata :" Sesiapa yang tidak mengkaji kepelbagaian pendapat fiqh, mereka sebenarnya belum pun dapat mencium bau Fiqh itu. Bau Fiqh pun belum dapat, apatah lagi inti Fiqh itu sendiri. Banyak menuduh dan meggelar mungkin akan boleh memberikan indikasi bahawa mereka yang terlibat sebenarnya belum menghidu bau Fiqh. Belum masak dan matang dalam ilmu Fiqh.
No comments:
Post a Comment