Saturday, December 18, 2010

USK:PERANAN DAN PENGALAMAN...

16 Januari 2010

Untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza dari hanya melakukan kerja kerja meja , USK adalah tempatnya. Berhadapan dengan pelanggan secara langsung dan bersemuka serta sebolehnya membuat keputusan atau menyelasaikan permasalahan pelanggan sangat mengujakan dan penuh cabaran . Semua pengalaman yang terkumpul diperturunkan buat tatapan :



  Sebagai Badan Kebajikan Masyarakat
  • Pernah seorang pelajar perempuan datang ke Kaunter Sirkulasi kelihatan sangat pucat dan lemah. Bertanyalah staf di kaunter keadaan beliau. Katanya belum sarapan pagi sedangkan jam menunjukkan pukul 11 pagi. Kasihan melihat beliau staf dikaunter membawanya masuk ke pejabat dan berikannya biskut beserta air kopi panas. Selesai bersarapan ringan itu, pelajar itu pun minta diri dan kata nya beliau dah segar sedikit lalu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang di berikan.

  Sebagai Bulan Sabit Merah


  • Suatu  waktu pada hari Ahad seorang pelajar lelaki di serang sawan babi. Berkejarlah kami ke aras 4 setelah menerima maklumat. Di ruang bacaan kelihatan seorang pelajar telah terbaring berlumpuran darah dikepala dan lantai. Dari maklumat saksi , beliau yang tiba tiba jatuh  terantuk dahinya di bucu rak yang tajam kerana semasa itu beliau sedang mencari buku di rak.  Melihatkan keadaan diri beliau itu  kami telah meletakkan senaskah buku nota yang nipis ke mulut pelajar itu agar tidak terkancing mulut dan giginya. Setelah membersihkan darah di dahi, luka didahi kami tekup dengan kain dan kami ikat keliling kepalanya. Pelajar itu diangkat dan dibaringkan ke sofa pejabat sementara menunggu ambulan yang telah dihubungi tiba. Darah dilantai staf USK lah yang mencucinya. Kotoran darah yang terkena di baju staf sendiri balik rumah salin dan sendiri lah cuci.
      
  
Sebagai Balai Polis Kecil
 
Sebuah dompet telah dijumpai dimana setelah diperiksa terdapat sejumlah wang berjumlah RM 2500. Berdasarkan kepada kad pengenalan semakan dibuat di komputer. Empunya rupanya adalah seorang staf lalu kami hubungi melalui telefon tetapi nombor yang didaftarkan di sistem AdvCirc tidak aktif. Beliau telah bertukar nombor telefon rupanya. Kami kemudian ke alamat yang ada di kad pengenalan. Dirumah tersebut si isteri telah memberikan nombor telefon terkini dan minta empunya dompet untuk datang ke kaunter sirkulasi PSZ untuk membuat tuntutan.

  • Selepas Isyak beliau datang dan setelah berpuas hati dan mengesahkan beliau adalah empunya dompet berdasarkan kad pengenalan dompet pun diserahkan kembali kepada tuannya. Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih sambil menghulurkan not RM100 tetapi ditolak dengan baik oleh kami. Beliau balik tetapi berjanji akan datang semula. Hampir jam 11malam beliau datang dan beritahu kami yang beliau berhajat menjamu kami dengan durian. Kerana desakan yang sangat kuat dari beliau, kami pun menjamu selera lah buah durian yang sekarung itu beramai ramai satu kumpulan dekat parking pajero PSZ.  
      
  Sebagai Tempat luahan marah orang   


  • Suatu hari kami didatangi seorang pelajar asing yang tiba tiba mengahmpiri kami dikaunter untuk meluahkan amarahnya terhadap UTM. Beliau tidak berpuashati dengan kemudahan yang disediakan di UTM seperi internet , sabun basuh tangan, hawa dingin di bilik , perjalan ke SPS yang tidak berbumbung dan bermacam lagi lah. Dari kata katanya fahamlah kami tetapi beliau telah membuat aduan di tempat yang salah. Kami cuba terangkan kepada beliau semua aduan beliau itu boleh dikemukakan ke SPS untuk di buat tindakan. Sebaliknya kami di marahi dan disuruh diam. Katanya you just listen. Selepas pot pet pot pet 7-8 minit beliau pun berlalu pergi. Kami yang ada di kaunter hanya mampu tersenyum.

Sebenarnya ada banyak lagi pengalaman ketika bertugas di USK yang boleh dikongsi bersama. Cuma tanggapan orang bila berlaku apa apa yang negatif maka mereka akan berpaling ke USK harus lah di buang. Staf USK adalah mereka yang berada dibarisan hadapan yang banyak menaikkan imej PSZ. Staf USK adalah juga buruh mengangkat kerusi meja, adalah juga sebagai juruteknik alatan media, adalah juga juruteknik sistem komputer dan pernah juga sebagai juruteknik elektrik apabila berlaku 'trip di kotak suis , adalah juga pekerja kebersihan dan pernah juga sebagai penyiram bunga sedangkan mereka juga adalah seorang Pembantu Perpustakaan yang sama gelar jawatannya dengan Pembantu di unit/bahagian lain.

Kini USK tidaklah seperti dizaman kad katalog lagi. Kemasukan staf baru yang mahir dengan komputer banyak membantu USK. Sebagai barisan hadapan USK sepatutnya perlu dibekalkan dengan staf yang berkualiti dan mencukupi. Sebarang kekurangan dan kekangan bakal menjejaskan produktiviti dan efisiensi petugas di kaunter. Kehadiran 8 bunga mekar di USK tambah menyerikan imej perkhidmatan di kaunter.

Sekian lah untuk bacaan ringan saja buat anda staf PSZ...

No comments:

Post a Comment