21 April 2010
Kisah 1
- Shahrin sedang mengutip majalah di ruang bacaan aras 2 pada jam 10.15 malam apabila tiba tiba beliau berasa sesuatu meniup di kuping telinganya. Bersangkakan rakan yang mengusik beliau pun memalingkan muka ke belakang tetapi tiada siapa . Memandangkan hanya beliau sahaja yang ada di aras tersebut pada waktu itu maka dengan pantas beliau terus naik ke atas tanpa menoleh kebelakang lagi.
Kisah 2
- Lebih kurang jam 7.15 pagi di aras 5, makcik cleaner ternampak sampah bertaburan di lantai dan bakul sampah yang terbalik. Makcik tu pun terus menuju ke sampah berkenaan untuk mengutip dan memasukkan kertas kertas sampah tersebut ke bakul sampah sambil membongkok dan mengomel gomel. Ketika itulah makcik cleaner itu di sapa orang. Beliau pun menoleh kebelakang untuk menjawab kerana sangka nya staf USK dah mula naik untuk menyusun buku. Seperti Shahrin tadi apabila menyedari tiada siapa dibelakang , makcik itu pun berundur beberapa tapak dan cabutlah.
Kisah 3
- Jamian sedang mengutip buku di meja di aras 5 apabila beliau mendengar orang menghempas buku di bahagian sudut berhampiran FAB. Dalam hati beliau sangkakan rakan lain pun turut ada dan beliau terus ke lokasi berkenaan untuk membantu tetapi tiada siapa di tempat tersebut. Suasana sangat sunyi kerana tiada pelajar dikawasan itu. Bermain di fikiran beliau siapa pulak yang menghempas buku itu tadi. Walaupun ada perasaan takut , beliau teruskan juga mengutip buku kerana buku yang ada di meja masih banyak. Sambil menyanyi lagu Rhoma Irama sekuat hati beliau teruskan juga kerja mengutip buku.
Kisah 4
- Budin ke tandas aras 2 untuk membuang hajat kecil. Waktu itu jam 7.15 malam. Sebelum masuk pintu tandas Budin membongkok untuk menyinsing tinggi kaki seluarnya. Semasa membongkok itu lah beliau terlihat kaki sesorang yang berkasut baldu warna coklat. Beliau memusingkan badannya untuk melihat siapkah gerangan mamat tersebut tetapi tiada. Beliau berlari ke pintu masuk tandas juga tidak terlihat kelibat mamat itu. Kerana naluri ingin tahu beliau berlari ke arah tangga juga tidak kelihatan sesiapa. Selepas itu Budin pun terus ke aras 3 dan membatalkanlah hajat kecil beliau itu.
Kisah 5
- Budin ke Bilik Eksekutif untuk menutup lampu pada jam 10.25 malam apabila beliau merasakan di sapa dengan kata " Budin buat apa tu" semasa berada di dalam bilik tersebut. Beliau melihat sekeliling tiada siapa . Mujur beliau tidak menjawab pertanyaan suara itu. Jika di jawab kemungkinan beliau akan demam.
Kisah 6
- Setiap kali bertugas malam, Kanan akan meronda setiap aras . Pustakawan bertugas malam biasa nya akan meronda dikawasan sekitar ruang bacaan tetapi Kanan pula akan turut meronda kawasan tangga kecemasan.Setiap kali jika berada dikawasan tangga kecemasan berkenaan kami akan merasai sesuatu yang memerhati kami dan kebiasaan nya mengermang tengkok.
Kisah 7
- Pada satu malam jam 11.00 malam di PSZ KL, saya dan Rodzuan ditugaskan untuk menutup lampu diaras 4. Untuk menutup keseluruhan aras 4 ia dikawal oleh satu butang suis yang berwarna merah. Akan tetapi sebelum memicit butang merah tersebut kami perlu menutup lampu tandas pelajar yang berada di hujung sudut.Setelah menutup lampu tandas kami pun ke tangga untuk memicit butang merah . Apabila kami memicit butang merah lampu di tandas itu menyala kembali. Hairan bin ajaib bermain di kepala kami. Saya suruh Rod pergi tutup tapi dia suruh saya pulak. Akhirnya kami pergi bersama untuk menutup lampu tandas itu. Setelah itu kami kembali ketangga dan memicit kembali butang merah dan sekelipan itu juga lampu tandas tersebut menyala kembali. Alamak Rod ! kata saya. Dia mainkan kita lah .... Aku rasa ... kita cabutttlah lariiiii......lah. Dengan langkah seribu kami bergesa lari menurun tangga ke aras 2 di mana rakan rakan kami dan berkumpul di mesin punch card nak balik.
Sekian cerita cerita yang sebenarnya ada banyak lagi dan lebih seram. Takut ada yang akan kena histeria pulak nanti. Tapi terus terang cakap kawasan aras 2 , aras 5 dan tandas staf perempuan aras 3 memang ada. Ada apa ? Kita biarkan ianya menjadi misteriiii.......Kalau ada pendinding diri dan bersolat , InsyaAllah benda tu tak akan mampu mengusik kita. Nak belajar doa sebelum masuk tandas tanya lah kak anarahim.
Sekian, Wasallam
No comments:
Post a Comment